Sekularisme ialah fahaman yang umum. Apa sahaja amalan, sistem dan ideologi, kalau tidak ada kaitan dengan Akhirat atau tidak dikaitkan dengan Akhirat adalah sekularisme. Oleh itu komunisme adalah sekularisme. Sosialisme adalah sekularisme. Demokrasi pun adalah sekularisme. Bukan sahaja sistem-sistem ini tidak ada kaitan dengan Akhirat, ia juga bertentangan dengan syariat dan apa yang dikehendaki oleh Islam. Oleh itu nilai Akhiratnya ternafi dengan sendirinya.
Kapitalisme juga adalah sekularisme. Sistem kewangan dan perbankan berasaskan riba juga sekularisme. Semua sistem ini adalah sistem-sistem dunia yang dicipta oleh akal manusia. Akal manusia tidak ada mencipta apa-apa sistem yang tidak sekularisme. Semua sistem ciptaan akal manusia adalah sekularisme. Akal manusia sebenarnya tidak mampu mencipta apa-apa sistem yang terkeluar dari tujuan dan pengaruh dunia atau sekularisme. Tambahan lagi, yang mencipta sistem-sistem ini adalah orang-orang yang kufur dengan Allah dan tidak yakin dengan Akhirat.Ringkasnya, di dunia ini hanya ada dua sistem sahaja iaitu sekularisme dan Islam. Satu adalah hasil ciptaan akal manusia dan satu lagi adalah wahyu dari Tuhan.
Di dalam kehidupan kita ini, fahaman Sekularisme ini telah menjalar dan menjadi kunci pembuka bagi penganut-penganutnya mengamal banyak lagi fahaman-fahaman sesat yang lain atas nama ‘kebebasan berfikir’
Contohnya Pluralisme Agama (menyamakan semua agama), Mengkritik Teks Al Quran (edit semula), Hermeneutika (merombak atau merubah orientasi tafsir yang sedang digunakan oleh ulama turun-temurun), Feminisme (‘gender equality’, persamaan hak lelaki dengan perempuan, seperti perempuan berkuasa ceraikan suami, jadi imam sembahyang kepada lelaki dan lain-lain), dan pelbagai lagi istilah yang dimodenkan sepanjang masa.
Tentu masih segar diingatan kita mengenai seorang ahli akademik islam yang bernama Profesor Dr Amina Wadud yang telah menjadi Imam solat Jumaat dan memberi khutbah ringkas di Pusat Pendidikan Muslim di Oxford pada 16 Oktober 2008 baru-baru ini dan kemudiannya menjadi tetamu kehormat persidangan Islam dan Feminisme yang di adakan di Wolfson College, Oxford pada hari yang sama.
Inilah keterbukaan sistem, kebebasan berfikir, dan keadilan hak asasi manusia yang diperjuangkan menerusi fahaman sekularisme ini, dan menumbuhkan satu satu aliran moden yang popular dengan panggilan LIBERALISME
Liberalisme adalah satu falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik yang tertinggi. Secara amnya, liberalisme mengutamakan hak-hak peribadi serta kesamarataan terhadap peluang untuk semua. Falsafah ini ingin membentuk satu masyarakat yang mempertahankan pemikiran yang bebas untuk setiap orang, batasan kepada kuasa khususnya kuasa kerajaan dan agama, kedaulatan undang-undang, pendidikan awam yang percuma, kebebasan bertukar fikiran, ekonomi pasaran yang memberikan kebebasan menjalankan perusahaan peribadi dan sistem kerajaan yang terbuka yang melindungi hak-hak semua rakyat secara adil dan saksama.
Fahaman Liberalisme adalah sebuah fahaman yang sebenarnya berkembang di Barat dan memiliki prinsip, teori dan pandangan hidup yang berbeza dengan ajaran Islam yang sebenar. Ia membawa kepada konsep kebebasan berfikir dan bertindak individu tanpa had. Ia adalah satu fahaman yang muncul di Eropah asalnya, dan bukan dari dunia Islam. Fahaman ini menyerap ke dalam masyarakat Islam melalui proses penjajahan dan pembaratan sekitar abad ke 16/17.
Fahaman Liberalisme terdiri daripada beberapa prinsip-prinsip pemikiran yang tersendiri. Antaranya adalah seperti prinsip kebebasan individu, Prinsip kontrak sosial dan sebagainya.
Bagaimanapun, fahaman liberalisme ini juga turut mengamit umat Islam yang tidak memahami agama Islam dengan mendalam dan longgar kefahaman mereka dan yang tertipu dengan dogma dan retorik konsep Barat.
Di kalangan umat Islam ada yang menganut dan mengelar diri mereka sebagai penganut Islam Liberal.Di Malaysia, golongan Islam Liberal ini terdiri kebanyakannya dari golongan profesional dan berumur antara 20an hingga 40an.
Berdasarkan dalam laman web Jaringan Islam Liberal (JIL) golongan ini telah menafsirkan diri mereka dengan kenyataan di bawah :
“Nama ‘Islam Liberal’ menggambarkan prinsip-prinsip yang kami anut, iaitu Islam yang menekankan kebebasan peribadi dan pembebasan dari struktur sosial-politik yang menindas. ‘Liberal’ di sini bermakna dua: kebebasan dan pembebasan. Kami percaya bahawa Islam selalu dilekati kata sifat, sebab pada kenyataannya Islam ditafsirkan secara berbeza-beza sesuai dengan keperluan penafsirnya. Kami memilih satu jenis tafsir, dan dengan demikian satu kata sifat terhadap Islam, iaitu ‘liberal’.
Daripada ini dapat ditafsirkan bahawa aliran Islam Liberal ini seperti menyandarkan diri kepada Islam, namun masa yang sama tidak mahu terikat dengan prinsip-prinsip Islam, atau bebas dari kekangan aqidah, ibadah, muamalat dan akhlak Islam.
Aliran ini seakan-akan menganggap Islam yang terkandung nas-nas al-Quran dan as-Sunnah adalah Islam terbelenggu, terikat dan tidak bebas. Maka mereka cuba membebaskan Islam dari sebarang keterikatan terhadap nas-nas syarak yang telah disepakati oleh para ulama’ muktabar. Mereka juga menyokong konsep pluralisme dan sekularisme sebagai way of life.
Di dalam masyarakat moden, mereka yang liberal, mengemari sistem pengundian yang adil dan terbuka di dalam sistem demokrasi liberal di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang dan peluang yang saksama untuk berjaya.
Penggunaan frasa liberalisme secara am dilihat dari konteks demokrasi liberal. Di dalam erti kata ini, ia merujuk kepada kuasa kerajaan yang terhad dan hak-hak rakyat yang jelas. Liberalisme digunapakai oleh hampir kesemua demokrasi Barat. Oleh itu, liberalisme tidak semestinya berkaitan kepada parti politik liberal secara esklusif.
Demokrasi liberal adalah satu bentuk kerajaan demokrasi melalui perwakilan di mana perwakilan membuat keputusan yang berlandaskan undang-undang yang tertakluk kepada perlembagaan yang liberal. Perlembagaan ini melindungi hak-hak dan kebebasan rakyat dengan membataskan kuasa pihak majoriti untuk mengatasi kuasa minoriti.Demokrasi liberal inilah yang diperjuangkan oleh Amerika Syarikat di dalam sistem pemerintahan mereka.
Cara pemilihan pemimpin yang seperti itu adalah cara Barat yang menganut ideologi liberal kapitalisme, yang mempraktikkan sistem demokrasi liberal. Hampir semua pemerintah atau pemimpin di dunia kini baik orang Islam atau bukan, telah naik melalui pemilihan. Yakni hasil pemilihan masyarakat di hari pemilihan yang dilakukan beberapa tahun sekali. Pemimpin manapun yang mendapat suara lebih dari yang lain, dialah yang naik menjadi pemerintah untuk negara tersebut.
Hal seperti itu jauh berbeza dengan Islam yang merujuk pada Al Quran, Hadis dan ulil amri (ahlul halli wal 'aqdi). Dalam Islam, pemilihan pemimpin dibuat berdasarkan sistem demokrasi terpimpin. Ertinya, mereka dipilih dari kalangan beberapa orang yang menjadi intipati masyarakat yang disebut ahlul halli wal 'aqdi.
Di antara cara Islam dan cara Barat itu, terdapat perbezaan yang jauh. Kita akan cuba membandingkan kedua hal itu supaya kita dapat melihat kebenaran dan kebijaksanaan sistem Islam.
1. Kita telah difahamkan bahwa melalui pemilihan umum, pemimpin yang naik adalah pilihan majoriti masyarakat. Padahal bila diamati, hal itu tidak semestinya terjadi. Misalnya dua orang calon bertanding di kawasan yang memiliki 10 ribu pemilih. A mendapat 4500 suara, B mendapat 4000 suara dan yang tidak memilih 1500. Perbedaan antara keduanya cuma 500 suara saja. Tetapi yang tidak memilih sebanyak 1500. Ertinya A cuma diterima oleh 4500 orang rakyatnya. Sedangkan 5500 lagi menolak kepemimpinannya. Hal itu sebenarnya akan membentuk satu pemerintahan yang tidak stabil. Negaranya mudah goyah.
Keadaan akan menjadi lebih malang kalau terjadi seperti ini: terdapat tiga orang calon yang bertanding di kawasan yang pemilihnya ada 10 ribu orang. Keputusannya,
* A dapat 3300 suara
* B dapat 3300 suara
* C dapat 3400 suara
Ertinya C menang dengan penyokongnya 3400 sedangkan penentangnya kalau ditambahkan antara dua calon yang lain ialah 6600. Secara demokrasi, bagaimana dapat dipastikan bahwa dia naik atas dukungan majoriti? Kerana penentangnya lebih banyak daripada pendukung. Cuba gambarkan dalam sebuah negara yang penyokongnya sedikit dan penentangnya banyak, bagaimana negara itu akan stabil? Huru-hara selalu terjadi dan pemerintahan dapat tumbang dengan mudah.
2. Melalui sistem pemilihan umum, semua rakyat disuruh memilih pemimpin termasuklah orang tua yang sudah uzur, orang buta, orang jahil, orang jahat, perempuan dan orang-orang yang tidak tahu-menahu mengenai pemimpin dan kepemimpinan. Orang-orang seperti itu turut menentukan corak kepemimpinan negara. Kita yakin, di sebahagian negara (yang tidak berpendidikan) 95% dari pemilih yang memilih itu tidak tahu-menahu tentang dasar pemerintahan parti yang didukungnya. Apakah keputusan mereka menjamin kebaikan dalam pemerintahan? Kalaulah satu parti itu menang hasil dukungan orang-orang jahil itu, apakah parti itu dapat berbangga? Padahal yang menentangnya adalah dari kalangan cerdik pandai yang dapat menilai sekalipun jumlahnya minoriti.
3. Hari ini bermacam-macam golongan manusia yang turut memilih. Golongan peniaga, petani, buruh, nelayan, cendekiawan, budayawan, seniman, artis, olahragawan, pegawai-pegawai dan lain-lain yang datangnya dari berbagai bangsa dan kaum minoriti. Masing-masing golongan mempunyai niat masing-masing. Mereka memilih satu parti bukan karena menyokong dasar parti itu. Tetapi kerana marah pada parti lawan.
Sebab itu bila parti yang disokongnya menang, maka mereka akan menuntut keinginan mereka masing-masing. Sepuluh golongan, sepuluh perkara yang diminta. Sekalipun yang diminta itu membebankan pemerintah dan rakyat, namun terpaksa dilakukan. Dasar parti yang sebenarnya hilang tenggelam. Pemerintah tidak dapat mewarnai negara tetapi rakyatlah yang melakukannya. Pemerintah terpaksa menuruti kehendak-kehendak golongan tadi, bukan menuruti dasar partinya serta kepentingan umum. Lebih-lebih lagi kepentingan ALLAH dan Rasul.
4. Bila pemilih itu tidak faham dasar parti yang didukungnya, mereka juga tidak dapat menilai segala penyelewengan yang dibuat oleh pemerintah. Ertinya, mereka tidak dapat menegur atau memperbaiki kesalahan yang dilakukan oleh pemerintah. Hal itu membuat pemerintah dapat melakukan apa saja dengan sewenang-wenang. Di situ mungkin ada orang berkata, "Itulah perlunya orang-orang yang baik menjadi calon". Sepatutnya kita perlu fikir begini, "Orang baik, tidak pernah mencalonkan diri. Kenaikan mereka adalah kerana ditonjolkan oleh orang lain melalui cara yang bersih". Iaitu melalui ahlul halli wal 'aqdi. Lagi pula mana boleh orang-orang baik yang menang kalau majoriti rakyat yang memilih jahat-jahat belaka?
5. Sebahagian orang yang mencalonkan diri untuk menjadi pemimpin adalah orang-orang politik yang kebolehan istimewanya adalah pandai berpidato dan pandai berretorik. Pidatonya membangkitkan semangat dan mempesona orang yang mendengar serta pandai mencari kesalahan-kesalahan dan menuduh orang lain. Ertinya, dia mengaku dirinya baik dan bukan orang lain yang membuat pengakuan tentang kebaikannya. Maka jadilah dia tokoh besar. Perangainya tak difikirkan oleh orang, cara hidupnya tidak diperhatikan, agamanya atau takwanya tidak dipedulikan, ilmu, pengalaman, kecerdikan dan karisma kepemimpinannya tidak diperhitungkan, kreativiti dan buah fikirannya tidak dinilai, keturunan, latar belakang dan pendidikan yang diterima tidak diperdulikan.
Pendek kata, syarat-syarat untuk menjadi pemimpin cuma dinilai pada pandai berkempen, pandai berbicara dan pandai membicarakan kejelekan orang lain saja. Sedangkan memimpin itu bukannya untuk berbicara atau mengejek orang saja. Sebaliknya memimpin ialah:
a. Mendidik manusia agar menjadi hamba ALLAH dan khalifahNya. Yakni menjadi abid dan mujahid. Menjadi orang dunia dan Akhirat. Bukan dunia saja dan bukan Akhirat saja. Untuk itu pemimpin mesti memiliki ilmu dan pengalaman mendidik yang cukup.
b. Memimpin atau memandu rakyat untuk membangun tamadun insaniah dan tamadun material dalam negara. Semua tenaga manusia hendak digembeleng agar sama-sama membangun dan menciptakan tamadun. Jangan ada yang tercicir, menganggur dan hidup tanpa tujuan. Dan jangan sampai negara terlantar, berhutang, dipermainkan atau huru-hara.
c. Menjawab 1001 macam masalah yang timbul dari masa ke masa dan menjawab 1001 tanda tanya yang timbul dalam masyarakat. Kalau hal-hal seperti itu tidak diselesaikan, negara akan kusut dan kucar-kacir. Maka untuk itu seorang pemimpin perlu mendapat pertolongan dari ALLAH secara nyata atau ghaib dan mendapat ilmu ilham dari ALLAH untuk menjawab setiap persoalan. Di mana semua itu hanya diberi kepada pemimpin yang bertakwa.
Firman ALLAH:
Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH niscaya ALLAH lepaskan dia dari masalah hidup dan memberi rezeki dari sumber yang tidak diduga. (Ath Thalaq: 2-3)
FirmanNya lagi:
Bertaqwalah kepada ALLAH, niscaya ALLAH akan mengajar kamu.(Al Baqarah: 282)
ALLAH menjadi pembela (penolong) orang yang bertaqwa. (Al Jasiyah: 19)
Barangsiapa yang bertakwa akan terlepas dari kejahatan (musuh). (Ath Thalaq: 5)
d. Pemimpin hendaklah menjadi pribadi contoh di mana dengan melihat kehidupan pemimpin, rakyat dapat meniru. Untuk itu pemimpin mesti bagus ibadahnya dan akhlaknya seperti merendah diri, pemurah, sabar, lapang dada, zuhud, pemaaf, pengasih, berani, jujur, ikhlas, gigih berjuang dan berkorban dan macam-macam sifat baik lagi. Untuk itu, pemimpin mesti bertakwa. Hanya takwa yang dapat mengawal dan mendorong akhlak yang baik itu dari kejahatan nafsu dan syaitan.
e. Merancang dan memberi panduan serta idea untuk pembangunan. Untuk itu pemimpin mesti memiliki idea, buah fikiran, strategi dan kreatif. Pemimpin tidak boleh emosional, berfikiran buntu, gopoh-gopoh, lemah jiwa, merajuk, putus asa dan lembap. Fikiran mesti tajam, jiwa mesti kuat, perasaan halus dan fizikal tangkas. Sebab itu dalam Islam, perempuan tidak boleh menjadi pemimpin. Selain itu kerana otaknya tidak terlalu tajam untuk menjangkau kemungkinan-kemungkinan masa depan atau yang tersirat, fizikalnya juga mudah lemah dan emosionalnya tinggi. Kaum lelaki juga kalau sifatnya demikian tidak layak menjadi pemimpin walaupun ia pandai berbicara dan ijazahnya tinggi.
f. Kebijaksanaan menewaskan musuh. Kita tidak mungkin mengelak dari orang-orang yang mau menjatuhkan kita. Musuh tidak boleh disalahkan karena memang itu kerjanya. Yang penting kita mesti menewaskan dia. Pemimpin mesti licin dan bijaksana dalam menghadapi musuh. Sekali lagi, pimpinan ALLAH dalam hal ini sangat penting. Untuk itu takwa juga yang menjadi syaratnya. Sayidina Umar berkata, "Aku lebih takut pada dosa-dosamu daripada musuh- musuhmu. Sebab bila kamu berdosa, ALLAH akan membiarkanmu kepada musuhmu."
Lihatlah, betapa beratnya kerja pemimpin. Tidak boleh dibuat senang-senang dan oleh sembarang orang. Kerana itu, memimpin tidak boleh menjadi rebutan dan diperdagangkan. Sebab hanya boleh dibuat oleh orang-orang khusus, yang memang dikurniakan kebolehan dari Allah, orang yang terdidik dan dipimpin oleh ALLAH. Otaknya tajam, jiwanya tahan bagaikan besi waja. Akhlaknya terbentuk dari kecil, strateginya kehadapan, fikiran tembus dan kecenderungan memimpin bukan untuk kepentingan atau dilantik dengan rasmi di majlis permesyuaratan.
Orang seperti itu, kalaupun tidak dilantik, dia boleh memimpin. Orang lain tidak boleh merebut dan mencuri kebolehannya memimpin. Orang seperti itu diangkat menjadi pemimpin bukan dengan jari atau suara tapi dikehendaki oleh hati. Orang suka dengan kepemimpinannya bukan hasil kempennya atau memperjualbelikan suara. Hasil dari kerja kepemimpinan yang sudah dibuktikan, manusia akan merasa berhutang budi kerana kerja dan jasa kepemimpinannya, sebelum ia dilantik menjadi pemimpin rasmi.
6. Bila orang itu mencalonkan diri untuk menjadi pemimpin sementara rakyat belum yakin dengan kebolehannya, kerana belum terbukti bahwa ia adalah pemimpin, maka ia mesti berlakon menjadi pemimpin. Ia akan mengangkat-angkat diri dan membuat janji-janji manis yang tidak ada jaminan untuk dilaksanakan. Ia juga mesti menghina pihak lawan yang menentang pencalonannya. Karena takut kalah, demi mendapatkan suara, kerja-kerja kempennya dengan melobi terpaksa dilakukan. Perebutan sengit itu tidak mungkin selamat dari riya', ujub, sombong, benci, dendam, marah, tipu, berpura-pura, hasad dengki, menyebut-nyebut janji muluk yang palsu dan mazmumah lain. Ia juga akan memfitnah, mencerca, mengejek dan lain-lain.
Pejuang islam Turki yang terkenal Said Nursi Badiuzzaman pernah menyatakan, "Aku berlindung dari syaitan yang direjam dan politik". Alangkah kotornya jalan itu. Alangkah bahaya dan jahatnya. Orang Barat pun mengakui dengan ungkapan Politic is a dirty game. Yang kalah akan merasa terhina dan yang menang membusung dada. Rasa sengketa tidak akan terkikis dari jiwa-jiwa mereka. Kepimpinan seperti itu mustahil akan dapat mewujudkan perpaduan yang murni dan kerja sama yang baik. Sepanjang masa, pemimpin akan merasakan pimpinannya senantiasa ditentang dan kedudukannya terancam. Lalu dia akan senantiasa mencari jalan untuk mempertahankan kedudukan. Tugas kepimpinan sudah menjadi barang yang diperebutkan untuk kepentingan peribadi dan duniawi semata-mata.
7. Untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi tadi, pemimpin juga sanggup membuat apa saja sekalipun menindas, menipu, mengancam dan menghukum. Pihak lawan akan dianaktirikan dan pendukung terpaksa dijaga hatinya. Kehendak pendukung mesti ditunaikan sekalipun hati nurani tidak setuju. Ertinya rakyat yang menentukan corak pemerintahan. Pemimpin ikut saja. Pemimpin dididik oleh rakyat. Maklumlah dia wakil rakyat dan bukan wakil ALLAH.
Sering terjadi dua parti yang berbeza dasarnya, bekerja sama untuk menentang parti pemerintah yang juga berbeza dasarnya.
Mengapa sekarang boleh mendukung seseorang dan menentang yang lain? Sedangkan kedua-duanya tidak sefaham dengannya. Itu tandanya mereka berjuang bukan untuk mempertahankan dasarnya, tapi lebih bermotif untuk menang dan mendapat kedudukan.
8. Pemerintah yang naik melalui suatu parti politik pasti tidak selamat dari sentimen kepartian. Yakni akan mengutamakan orang-orang partinya dengan menganaktirikan rakyat yang lain, yang tidak separtai dengannya. Sudah tentu golongan-golongan lain tidak puas. Keadilan dan perpaduan sebenarnya tidak dapat ditegakkan selama-lamanya.
Hal ini terbukti dalam pengalaman kita yang sudah sekian lama hidup dalam negara yang mengamalkan demokrasi Barat ini. Partai pemerintah belum terbukti dapat membuat semua atau majoriti rakyat mengakui dan membantu dasar yang diperjuangkan. Sedangkan dalam pemerintahan Islam, orang bukan Islam pun terima dan bekerjasama menjayakan kemajuan.
9. Biasanya pemimpin atau pemerintah yang ditunjuk oleh jari ini, mereka tidak dicintai dengan kasih murni dari hati. Kasih rakyat pada mereka kalaupun ada adalah kerana kepentingan-kepentingan jabatan, gaji atau subsidi yang diharapkan. Ketaatan yang diberikan, hanya di depannya saja. Sedangkan di belakang mereka, rakyat menipu dan derhaka.
Sebab itu pemimpin tersebut, kalau berbuat salah walaupun secara tidak sengaja mereka akan dicaci maki dan dijatuhkan. Rakyat mudah melupakannya apalagi kalau sudah tidak berkuasa. Baru saja pencen, hidup mereka sudah terbuang, tersisih dan terhina. Bila mereka mati langsung dilupakan orang. Maqamnya tidak diziarahi. Padahal pemimpin-pemimpin Islam, maqamnya diziarahi walaupun sudah beribu tahun. Kalau seperti itulah demokrasi Barat, untuk apa lagi dipertahankan dan diperjuangkan? Kalau sudah nyata kotor, buruk dan jahat, mengapa diikuti? Tidakkah yang menerimanya itu ertinya memiliki sifat yang sama juga?
10. Satu lagi keburukan demokrasi adalah memungkinkan dilantiknya musuh untuk menjadi pemimpin. Yakni musuh melobi untuk menjadi calon. Karena pandainya berkempen, dia menang untuk menjadi pemimpin kepada rakyat.
11. Di satu kawasan yang majoriti orangnya jahat, maka wakil yang naik atas suara majoriti itu pun biasanya orang jahat. Kalaupun orang baik menjadi calon di sana, pasti kalah.
Bagi orang-orang yang mencintai kebenaran, mereka tentu mencari-cari satu cara baru yang suci, bersih dan mulia. Apakah tidak ada lagi di dunia ini kebenaran dan kemuliaan sehingga manusia terpaksa bergelumang dengan najis dan kejahatan demokrasi? Jawabnya ada, iaitu Islam.
Yakni kebenaran mutlak yang datang dari ALLAH termaktub dalam Al Quran, tergambar dalam Sunnah Rasulullah SAW dan perjalanan Khulafaur Rasyidin.
Sebenarnya pemilihan pemimpin secara demokrasi itu sudah berjalan sejak 4-5 ribu tahun dahulu oleh orang-orang Yunani. Kerana manusia waktu itu tidak banyak, maka mereka menjalankan demokrasi secara langsung. Yakni semua rakyat datang ke satu dewan persidangan untuk mewakili diri masing-masing dalam acara pelantikan pemimpin yang hendak dibuat. Misalnya penduduk sepuluh ribu orang maka kesepuluh ribu orang itu datang untuk menyatakan pandangan dan menentukan pemimpin yang dikehendakinya.
Dari situ kelihatan bahwa orang-orang sekular itu memandang tujuan melantik pemerintah ialah untuk menjalankan kehendak-kehendak rakyat. Sebab itu mereka dinamakan wakil rakyat. Sedangkan dalam Islam, pemerintah bukan wakil rakyat. Tetapi wakil ALLAH (khalifatullah) untuk menjalankan pemerintahan menurut cara yang ditentukan oleh ALLAH. Kedua pandangan itu mempunyai maksud, cara dan tujuan yang amat berbeza.
Kembali pada masalah memilih pemimpin dengan cara demokrasi itu, yang telah diwarisi hingga hari ini oleh orang-orang sekular, tidak lagi dapat dibuat secara langsung. Sebab utamanya ialah kerana manusia sudah terlalu ramai. Jadi tentu tidak praktikal kalau berjuta-juta manusia itu hendak dikumpulkan di satu tempat untuk menjalankan pemilihan pemimpin. Lalu demokrasi itu disesuaikan menjadi demokrasi tidak langsung. Yaitu demokrasi perwakilan rakyat. Di mana beribu-ribu rakyat di satu kawasan akan memilih wakil-wakil mereka di parlimen melalui pemilihan umum. Wakil itulah yang membawa identitis, hasrat, pandangan dan seterusnya menyuarakan kehendak-kehendak rakyat. Wakil itu dikenal sebagai wakil rakyat.
Masalahnya, Apakah betul wakil rakyat itu mewakili rakyat? Kalaulah rakyat di kawasan itu adalah petani, hidup ala kadarnya, menginginkan hidup yang berkecukupan dan pemimpin yang berjuang untuk kebaikan hidup mereka dunia dan Akhirat, apakah wakilnya juga akan membawa identiti dan hasrat yang sama? Ataukah pemimpinnya pergi membawa identitis dan hasrat peribadinya yang telah diperoleh dari hasil amanah rakyat yang dikhianatinya? Ataukah pemimpin itu sudah berlagak menjadi orang besar dan kaya, yang bicaranya pun besar serta mau memperjuangkan kebesaran dan kekayaannya itu? Kita lihat itulah yang terjadi sekarang. Rumah wakil-wakil rakyat bagaikan istana gagah berpagar, di tengah-tengah rumah-rumah kayu rakyatnya. kereta wakil-wakil rakyat bagaikan singa melintasi deretan rakyat yang berjalan kaki atau bermotor. Segala kepunyaan wakil rakyat, adalah sesuatu yang sukar dapat dikecapi oleh golonga marhaen.
Begitu menjadi wakil rakyat, ia berjuang atas nama rakyat yang diamanahkan padanya untuk membuat dirinya serta keluarganya berbeza dengan rakyat. Gayanya seolah-olah wakil dari kalangan orang-orang kaya dan raja- raja, bukan lagi mewakili rakyat yang serba daif dan sederhana. Aneh, wakil rakyat sepatutnya betul-betul merakyat. Ia adalah bayangan rakyat untuk menyuarakan hasrat rakyat. Bagaimana bisa bayang-bayang lain dari objeknya. Suaranya pun sudah lain. Tentu ada sesuatu yang sudah salah. Yaitu menyalahgunakan amanah rakyat, khianat dan zalim dengan tugas yang dipikulkan oleh rakyat. Hal ini mesti disedari oleh kita semua. Supaya segala penyakit masyarakat dapat dipastikan untuk diubati demi tercapainya masyarakat idaman yang aman, makmur dan mendapat keredhaan ALLAH.
Selain dari pemilihan pemimpin dengan suara rakyat ini, ada satu lagi cara kenaikan pemimpin yang dibuat di dunia. Yakni cara diktator. Cara itu sebenarnya lebih jahat dan kejam. Hal itu terjadi secara kekerasan oleh seorang yang ingin berkuasa. Dengan menggunakan kuasa tentera, ia menggulingkan pemerintah yang ada, lalu naiklah ia bertakhta memerintah negara. Rakyat mesti menerimanya, rela atau terpaksa.
Dia monopoli kekuasaan untuk dirinya saja tanpa seorang pun dapat campur tangan dalam urusan pemerintahan. Dengan itu ia memerintah dengan leluasa, sesuka hatinya. Siapa mencuba mengkritik akan ditangkap dan dipenjarakan. Pemerintahan diktator ini terkenal sekali kejamnya dalam sejarah. Bertakhta di hati, beraja di mata. Pemerintahan seperti itu hari ini terbentuk di Syria, Libya, Myanmar,dan tempat-tempat lain.
Cara ISLAM sebenarnya lebih bijaksana dari demokrasi Barat dalam hal melantik pemimpin, dengan tidak meminta semua orang ikut serta atau campur tangan dalam memilih pemimpin negara.
Ini kerana tidak semua rakyat tahu menilai tentang siapa pemimpin yang layak dan siapa yang tidak layak untuk mereka. Sedikit saja jumlah orang-orang bijaksana dalam masyarakat dan negara yang benar-benar tahu tentang mana pemimpin yang benar-benar layak memerintah negara. Sedangkan rakyat yang awam, yang banyak itu, biasanya tidak faham dalam hal-hal kepemimpinan dan kenegaraan. Oleh kerana itu menjadi tidak bijaksana kalau mereka diminta memberi suara untuk menentukan pemimpin-pemimpin negara. Karena bila pilihan mereka tidak tepat, nanti negara akan menjadi korbannya.
Dalam Islam, orang-orang yang diajak untuk menentukan pemimpin negara adalah orang-orang yang memiliki kelayakan sebagai berikut:
1. Memiliki ilmu pengetahuan Islam yang cukup (khususnya dalam soal-soal kepemimpinan dan kenegaraan) di samping mempunyai takwa dan akhlak yang tinggi. Dengan takwa dan ilmu, mereka mampu menilai dengan tepat dan adil, siapa pemimpin negara yang betul-betul layak.
2. Memiliki pengaruh dalam masyarakat, sehingga rakyat percaya, segan dan hormat padanya. Pandangannya, kata-katanya serta arahannya dipercaya, didengar, diterima dan ditaati, sekalipun dia belum menjadi pemimpin secara rasmi di peringkat manapun. Bila ia sudah memilih seorang pemimpin, masyarakat akan setuju dan yakin dengan pilihannya itu. Yakni tidak akan timbul desas-desus di belakang. Dengan hal yang demikian, akan selamatlah negara dari ketidakpuasan hati rakyat terhadap pemimpin. Dan selamat juga dari pencalonan pemimpin yang tidak layak.
Dalam Islam, orang-orang yang dibenarkan memilih pemimpin, yang memenuhi syarat tadi disebut ahlul halli wal 'aqdi. Mereka termasuk sebagai ulil amri yang tidak rasmi. Yakni pemimpin-pemimpin yang didengar kata-katanya oleh rakyat, walaupun ia bukan pemimpin yang rasmi. Seperti para ulama yang beramal dengan ilmunya, yang berakhlak dan dengan sebab itu ia mempunyai wibawa yang tinggi.
Contoh yang jelas tentang pelantikan pemimpin menurut cara Islam dapat dilihat di zaman Khulafaur Rasyidin. Apabila Rasulullah wafat, Sahabat-Sahabat besar yang dijamin Syurga karena takwa dan kehebatan lain telah memilih Sayidina Abu Bakar untuk menjadi Amirul Mukminin. Pemilihan itu diketuai oleh Sayidina Umar Al Khattab selaku ulil amri yang tidak resmi atau anggota ahlul halli wal 'aqdi. Beliau telah memegang tangan Sayidina Abu Bakar sebagai tanda bai'ah dengannya atas perlantikan beliau menjadi khalifah. Sahabat besar yang lainnya seperti Sayidina Usman, Sayidina Abdul Rahman bin Auf, Sayidina Abu Ubaidah, Sayidina Saad Abi Waqqas, Sayidina Said, Sayidina Zubair dan lain-lain yang menjadi ahlul halli wal 'aqdi turut setuju. (Selama ini mereka memang dianggap sebagai pemimpin secara tidak rasmi oleh masyarakat. Bahkan kalau salah seorang dari mereka yang dilantik menjadi pemimpin, tetap dapat diterima oleh masyarakat di waktu itu seperti Sayidina Umar Al Khattab, Sayidina Usman bin Affan, Sayidina Ali Abi Talib dan Sahabat lainnya). Kerana orang yang ditunjuk dan orang yang menunjuk memang sudah berada di hati masyarakat, sudah menjadi pemimpin tidak resmi yang kata-katanya didengar dan ditaati.
Seluruh kaum Muslimin yang terdiri dari orang-orang Ansar dan Muhajirin serta rakyat jelata umumnya setuju dan menurut saja kerana mereka merasa Sahabat-Sahabat besar itu lebih tahu dan lebih adil dari mereka tentang soal-soal kepemimpinan dan memilih pemimpin ini. Lagi pula bagi rakyat di waktu itu, orang-orang yang menunjuk dan yang ditunjuk sebagai pemimpin itu memang orang orang yang mereka cintai dan yakini. Di mana kalaupun mereka tidak jadi pemimpin rasmi, memang sudah dirasakan sebagai pemimpin di kalangan mereka. Sebab mereka itu merupakan tempat rujuk dalam masyarakat.
Rakyat tidak pernah dipanggil memilih untuk menentukan siapakah yang patut memimpin mereka. Semuanya ditentukan oleh Ahlul Halli Wal 'Aqdi. Apabila Sayidina Abu Bakar wafat, maka Sayidina Umar dilantik oleh Ahlul Halli Wal Aqdi untuk menjadi khalifah. Seperti tadi juga, perlantikan itu diterima dengan senang hati oleh seluruh kaum Muslimin. Sayidina Umar memang sudah di hati rakyat sebelum menjadi pemimpin rasmi. Kenaikannya memang ditunggu-tunggu oleh semua. Hati orang memang padanya. Tidak ada siapa yang mahu menggugat atau menentang kepemimpinannya. Kalaupun dilakukan pemilihan dia akan menang tanpa bertanding. Sebab semua orang sudah mengakui kepemimpinannya berdasarkan apa yang sudah dikenal tentangnya. Sayidina Umar tidak perlu menonjol-nonjolkan diri, mengangkat-angkat diri, memuji-muji diri dan melobi untuk menjadi pemimpin seperti yang terjadi dalam negara demokrasi hari ini. Dan memang tidak mungkin semua hal itu terjadi bagi pemimpin yang bertakwa. Mereka telah menawan hati rakyat karena takwa dan akhlak yang tinggi serta dengan jasa-jasa kepemimpinan secara tidak resmi sebelum ini. Maka untuk menjadi pemimpin rasmi, dia tidak memerlukan suara dari rakyat kerana dia memang sudah di hati rakyat.
Dengan keadaan ini, rakyat dalam negara tidak terpecah-pecah menjadi berbagai-bagai parti, team, kem atau golongan-golongan yang saling berlawanan. Perpaduan dan kesatuan terjalin secara menyeluruh. Demikianlah yang dapat dijayakan dalam negara dan masyarakat Islam tulen. Di mana pemimpin dan rakyatnya sama-sama bertakwa dan soleh-soleh belaka. Maka urusan pemerintahan dan pengurusan negara berjalan dengan mudah dan rapi. Rakyat semuanya taat dan bersatu di bawah satu pemimpin. Pemimpin adil dan tidak pilih kasih. Sentimen golongan, team, kem, dan kepartian tidak wujud.
Kita berharap akan terjadi sekali lagi pemerintahan Islam tulen di akhir zaman ini. Yakni pemimpin yang diterima dengan hati oleh rakyat. Bukan ditunjuk oleh jari. Kalaupun ia tidak memimpin secara rasmi, kata-katanya sudah didengar. Dalam pimpinannya, rakyat tidak lagi berpecah-pecah dan tidak lagi saling berkelahi dan berlawanan antara satu sama lain. Insya ALLAH, mari kita doakan muga-muga di Malaysia ini, kita akan menyaksikan berulangnya sejarah yang indah di zaman kegemilangan Islam dahulu. Yakni pemimpin bertakwa yang memimpin rakyat bertakwa dalam satu pemerintahan Islam yang adil.
Berita yang menarik perhatian dunia hari ini adalah kejatuhan ekonomi Amerika yang sebelum ini merupakan satu kuasa ekonomi yang paling gah di seantero dunia.Tidak pernah agaknya kita terfikir bahawa Amerika yang menguasai ekonomi dunia boleh mengalami kemerosotan yang sedemikian teruk sekali sedangkan negara-negara yang sedang membangun yang lain tidak pula mengalami nasib yang sama sepertinya.
Bukankah ini menjadi satu perkara pelik yang berlaku dan menimbulkan persoalan kepada kita,Apa sebenarnya yang sudah berlaku?Amerika kini mengalami kemerosotan ekonomi disebabkan menanggung sebahagian akibat daripada krisis kredit yang bermula tahun lepas dengan gadai janji subprima di Amerika Syarikat (AS) dan sejak itu krisis ini melanda pasaran perbankan Amerika di seluruh dunia.
Yang terkini, Bank pelaburan gergasi, Lehman Brothers diisytiharkan muflis bulan lepas. Pasaran saham di Amerika juga mengalami kejatuhannya dan Wall Street menjadi saksi detik-detik kejatuhan saham dagangan itu di waktu ini dan krisis buruk pasaran saham ini turut melanda secara global. ini membuat orang ramai mula hilang keyakinan terhadap keupayaan saham untuk menjana keuntungan dan sebagai pelaburan yang memberi pulangan lumayan.
ABOUT PLASTICS...!!!
Did you ever drink from a plastic bottle and see a triangle symbol on the bottom with a number inside?
Do you know what the number stands for?
Did you guess that it's just for recycling?
Then you are WRONG !!!!!!THE NUMBER TELLS YOU THE CHEMICAL MAKE UP OF THE PLASTIC.....
1) Polyethylene terephalate (PET)
2) High density polyethylene (HDPE)
3) Unplasticised polyvinyl chloride (UPVC) or Plasticised polyvinyl chloride (PPVC)
4) Low density polyethylene LDPE
5) Polypropylene (PP)
6) Polystyrene (PS) or Expandable polystyrene (EPS)
7) Other, including nylon and acrylic
What you aren't told is that many of the plastics used are toxic and the chemicals used to create a plastic can leach out of the plastic and into the food / drink.
Think about it, how many times have you or a friend said "I don't like this, it taste like the plastic bottle .....
"THAT'S BECAUSE YOU ARE TASTING THE PLASTIC
The WORST ONES are Nos: 3, 6, and 7 !!!
DO NOT USE THESE NUMBERS if stated at the bottom of the bottle !!!
Reusing plastic bottles by refilling them is NOT a good idea.
WATCH THIS VIDEO: http://video.wnbc.com/player/?id=238518http://www.mindfully.org/Plastic/Microwave-Health-Problems.htm
Lists the information as: overblown with a grain of TRUTHREAD the FULL 3 pages of the article!http://urbanlegends.about.com/library/bl-microwave-dioxin.htm
AVOID re-using plastic bottles RIGHT AWAY !!!
Sebenarnya pejuang-pejuang kebenaran itu, sepanjang masa, sejak dari rasul-rasul dan nabi-nabi hinggalah ke akhir zaman, mereka itu adalah orang Tuhan. Kalau benarlah apa yang diperjuangkan itu adalah sesuatu dari Tuhan, ertinya mereka adalah orang Tuhan.Orang-orang ini berjuang, datang ke tengah masyarakat, datang kepada kaumnya, bangsanya adalah sebagai penyelamat.
Kalau para-para pejuang itu, walaupun mereka mengaku pejuangkan kebenaran, atau zaman sekarang ini memperjuangkan Islam tetapi kalau bukan bersifat penyelamat, itu bukan pejuang kebenaran. Itu bukan orang-orang Tuhan. Itu adalah penipu-penipu. Menjual nama Tuhan untuk kepentingan kelompok-kelompoknya.
Macam mana pula orang Tuhan datang ke tengah masyarakat tetapi tidak membawa keselamatan? Bukan penyelamat. Sedangkan Tuhan itu penyelamat. Sebab itu, kalau hanya sekadar pengakuan, slogan-slogan, itu tidak boleh diambil kira kalau mereka itu bukan penyelamat. Jadi, tolong ambil perhatian bahawa orang-orang Tuhan adalah penyelamat. Penyelamat apa? Penyelamat dari miskin kepada kayakah? Daripada bodoh kepada cerdikkah? Itu terlalu kecil. Yang besar ialah:
Pejuang-pejuang kebenaran memperjuangkan untuk selamatkan aqidah umat.
Itu yang paling besar. Siapa sahaja yang pejuangkan kebenaran dari dulu hingga sekarang, yang hendak diselamatkannya adalah aqidah umatnya, kaumnya, bangsanya. Sebab itu, kalau kita baca Quran terutama ayat-ayat Makkiyah, oleh kerana Tuhan itu hendak menyelamatkan aqidah hamba-Nya, maka melalui Rasulullah dan sahabat-sahabatnya yang merupakan orang-orang Tuhan, Tuhan promosi dir-Nya dengan sangat banyak sekali.
Selama 13 tahun Allah promosi diri-Nya. 13 tahun ayat-ayat Makkiyah turun, Tuhan perkenalkan diri-Nya. Mengenalkan diri itu ada 2 tahap iaitu:
a) Untuk betulkan aqidah. Agar manusia jangan mempertuhankan jin, patung, malaikat dsbnya.
b) Yang kedua, bila orang sudah terima Tuhan itu adalah Allah, diperjuangkan pula supaya orang takut dan cintakan Tuhan.
Jadi aqidah itu ada 2 peringkat. Yang pertama hendak betulkan iman dan yang kedua agar sampai peringkat takut dan cinta. Kalau kita belajar Sifat 20 untuk sekadar hendak sahkan aqidah dan iman. Takut dan cintakan Tuhan tidak akan boleh berlaku kerana ia banyak bersifat otak dan falsafah, ia tidak jatuh ke hati.Sebab itu ia tidak akan membuatkan sampai takut dan cinta pada Tuhan. Ia sekadar untuk percaya. Setakat hendak sahkan iman.
Bagi tahap kedua, kita lihat dalam Quran, masyaAllah, Tuhan promosi diri-Nya supaya orang takut, cinta dan mabuk serta gila dengan-Nya. Tidak salah gila dengan Tuhan. Sebab itu Rasulullah berkata, Ingatlah Allah banyak-banyak sampai orang kata engkau gila. Ini tahap kedua.
Kalau kita baca Quran terutama ayat Makkiyah, macam mana Tuhan kempen diri-Nya, seolah-olah Tuhan masuk pilihanraya. Di zaman Firaun, Dia bertanding dengan Firaun. Waktu itu dia promosi diri-Nya. Kempen dengan manusia. Hendak jadikan Aku pemimpin atau Firaun sebagai pemimpin. Firaun itu Aku yang jadikan dia. Tidak hebatkah Aku? Patut engkau jadikan Aku sebagai pemimpin. Firaun itu macam kamu juga. Tahu letih dan tahu tidur. Aku tidak. Aku tidak makan dan tidak minum. Aku Pencipta. Firaun pun Aku yang cipta. Maka hendaklah kamu lantik Aku sebagai pemimpin.
Setiap masa Tuhan buat kempen pilihanraya dengan pemimpin-pemimpin dunia. Yang tukang kempen adalah para pejuang kebenaran, para Rasul, Nabi, sahabat, tabiin, tabiut tabiin dan sesiapa sahaja yang perjuangkan Tuhan. Itu dia tukang-tukang kempen Tuhan. Supaya manusia pilih Tuhan. Janganlah pilih pemimpin-pemimpin dunia. Tuhan tidak rehat dari promosi diri-Nya.
Tetapi, begitupun Tuhan kempen diri-Nya, naik juga pemimpin dunia. Waktu ini Dia sedang bertanding dengan Bush. Yang lain itu semuanya pengikut Bush. Ada di Malaysia, Pakistan, China, Eropah dan seluruh dunia. Pemimpin-pemimpin seluruh dunia, itu semua pengikut Bush. Yang besar Bush. Tuhan sedang kempen diri-Nya tetapi tukang kempen Tuhan tidak ramai. Yang ramai tukang kempen Bush. Sebab itu Bush tertonjol tetapi Tuhan tidak tertonjol. Lahirnya ramai pemimpin-pemimpin yang bukan Tuhan. Sebab itu Tuhan sangat promosi diri-Nya supaya orang takut dan cinta.
Cuba kita huraikan ayat Quran secara umum tentang bagaimana Tuhan promosi diri-Nya, kempen diri-Nya, mengajak orang mengaku diri-Nya Tuhan, diri-Nya pemimpin.
Di antaranya Tuhan berkata:
Hai manusia! Langit dan bumi itu Aku yang jadiakan.
Hai manusia! Dunia dan akhirat itu, kamu semua, Aku yang jadikan.
Hai manusia!Ingat, di tangan Aku kekuasaan. Tiada siapa yang boleh gugat. Aku menghidupkan dan Aku yang mematikan. Aku menentukan nasib semua makhluk. Aku boleh kayakan dan boleh miskinkan. Aku boleh sakitkan dan sihatkan.Aku boleh ledakkan gunung semua.Aku boleh gempakan bumi untuk mengazabkan kamu semua bila kamu derhaka dengan Aku. Akulah yang beri rezeki. Nafas kamu itu Aku yang jaga. Seluruh yang ada, Aku yang tadbir. Sama ada di alam ghaib atau alam nyata, Aku yang mentadbir. Aku yang mendidik, menyelamatkan, menjadikan. Tidak nampakkah kuasa Aku?
Jadi Tuhan minta, siapa yang hendak pejuangkan kebenaran, bawa mesej ini. Tuhan promosi diri-Nya dan minta disebarkan. Kamu sebagai lidah-lidah untuk promosi Tuhan. Adakah begitu? Tidak. Pejuang-pejuang Islam hari ini yang katanya memperjuangkan kebenaran, yang disuruh ialah membesarkan ekonomi atau masalah kemiskinan. Tuhan hilang. Dikatakan ini satu perjuangan kebenaran sedangkan ini satu penipuan. Yang dipromosikan makan minum, kemudahan hidup, promosi jalan raya, hendak beri biasiswa atau hendak hidup selesa. Tuhan tidak dikempen. Tuhan tidak dikenalkan, tidak ditakuti, tidak dicintai.
Kempen utama pejuang kebenaran ialah Tuhan. Hendak menegakkan aqidah umat. Sudah dikatakan tadi, aqidah ada 2 tahap. Tahap pertama ialah hendak mengesahkan iman. Yang susahnya ialah yang kedua iaitu bagaimana sampai cintakan Tuhan, macam mana sampai orang takutkan Tuhan dan mabuk dengan Tuhan serta merasakan bahawa Tuhan adalah segala-galanya. Bahawa Tuhan maha Besar, maha Agung dan maha berKuasa. Supaya hati itu penuh rasa berTuhan. Masa duduk atau jalan, rasa berTuhan penuh dihatinya.Kerana sudah takutkan dan cintakan Tuhan.
Aqidah yang kedua ini sangat susah. Yang pertama tadi, ramai juga orang buat. Sebab itu sifat 20 tidak lepas.Kalau mengaji, sifat 20 itu mesti dipelajari tetapi selepas itu dilupakan. Maka aqidah tahap yang kedua tertinggal. Macam mana hendak cintakan Tuhan dan takutkan Allah terabai. Takut dan cinta itu tidak lagi diperjuangkan dan diusahakan.
Jadi, tujuan perjuangan yang pertama iaitu hendak selamatkan aqidah umat dari berTuhankan selain Allah kepada orang berTuhankan Allah.Daripada orang takutkan selain Allah kepada takutkan Allah.Daripada cintakan selain Allah kepada cintakan Allah. Inilah yang pertama dan utama.
Perjuangan kebenaran yang kedua, menyelamatkan akhirat manusia.Daripada manusia yang cintakan dunia, mengutamakan dunia, kepada yang utamakan akhirat dan cintakan akhirat. Selepas Tuhan kempen dan promosi sungguh-sungguh diri-Nya, Tuhan promosi pula akhirat-Nya. Bagaimana hebat akhirat-Nya. Sama ada tentang nikmatnya memang sangat hebat. Kalau kita baca ayat-ayat Al Quran, diantaranya banyak menunjukkan Tuhan mempromosikan akhirat daripada dunia. Diantara yang Tuhan promosi, akhirat lebih utama, lebih baik dan lebih kekal.Itu diantara yang Tuhan kempen supaya orang utamakan akhirat dan cinta akhirat.
Maka marilah kita sama-sama mengambil keberkatan bulan mulia ini untuk memulakan usaha berkempen untuk Tuhan, mari kita sama-sama promosikan Tuhan di dalam segenap aspek kehidupan kita.
Itulah sebenarnya kempen yang paling selamat dan menyelamatkan dunia dan akhirat.


