Di akhir zaman ramai pemimpin,
rakyatlah yang mendidik mereka
Bukan mereka mendidik rakyat
Kerana mereka dipilih oleh rakyat,
bukan terjadi secara nature
Kalau rakyat tidak melantiknya,
mereka tidak jadi pemimpin mereka
Oleh itu kenalah ikut selera rakyat,
bukan selera pemimpin
Jika tidak ikut selera rakyat,
di masa hadapan rakyat tidak memilih mereka
Kalau rakyat ramai yang sudah menjadi jahat,
pemimpin yang baik jadi jahat
kerana rakyat yang mendidik mereka
Sekiranya pemimpin itu sudah sedia jahat,
maka bertambah jahatlah mereka
Di dunia hari ini
jarang rakyat baik dididik oleh pemimpin
Kerana pemimpin yang perlu kepada rakyat,
yang rakyat pula perlu pemimpin
yang macam mereka
Pemimpin yang sejati,
mereka mencorak rakyat,
bukan rakyat mencorak pemimpin
Rakyat laksana anak, pemimpin laksana ayah
Tentulah sepatutnya ayah mendidik anak
bukan anak mendidik ayah
Ayah mendidik anak agak mudah,
kerana anak dari ayah
Pemimpin hari ini susah hendak mendidik rakyat
kerana mereka dari rakyat
Mereka menjadi pemimpin dari rakyat
Bagaimana hendak tegas dan berani mendidik rakyat
mengikut seleranya?
Ditakuti musim pilihanraya
tidak dipilih lagi oleh mereka
Pilihanraya adalah penentu nasib hidup mereka
Pilihanraya adalah perjudian
di situlah menentukan untung rugi mereka
Kalau di dalam keluarga
anak yang menentukan kehidupan ayahnya,
bagaimana ayah mahu mendidik anak-anaknya
Begitulah kalau pemimpin
kehidupan mereka ditentukan oleh rakyatnya,
bagaimana hendak tegas mendidik rakyatnya
Apa halnya kalau rakyat sudah jahat,
maka pemimpin pun ikut jahat sama
Itulah yang menjadi penyakit di akhir zaman,
hakikatnya rakyat yang memimpin
bukan pemimpin itu yang memimpin
rakyatlah yang mendidik mereka
Bukan mereka mendidik rakyat
Kerana mereka dipilih oleh rakyat,
bukan terjadi secara nature
Kalau rakyat tidak melantiknya,
mereka tidak jadi pemimpin mereka
Oleh itu kenalah ikut selera rakyat,
bukan selera pemimpin
Jika tidak ikut selera rakyat,
di masa hadapan rakyat tidak memilih mereka
Kalau rakyat ramai yang sudah menjadi jahat,
pemimpin yang baik jadi jahat
kerana rakyat yang mendidik mereka
Sekiranya pemimpin itu sudah sedia jahat,
maka bertambah jahatlah mereka
Di dunia hari ini
jarang rakyat baik dididik oleh pemimpin
Kerana pemimpin yang perlu kepada rakyat,
yang rakyat pula perlu pemimpin
yang macam mereka
Pemimpin yang sejati,
mereka mencorak rakyat,
bukan rakyat mencorak pemimpin
Rakyat laksana anak, pemimpin laksana ayah
Tentulah sepatutnya ayah mendidik anak
bukan anak mendidik ayah
Ayah mendidik anak agak mudah,
kerana anak dari ayah
Pemimpin hari ini susah hendak mendidik rakyat
kerana mereka dari rakyat
Mereka menjadi pemimpin dari rakyat
Bagaimana hendak tegas dan berani mendidik rakyat
mengikut seleranya?
Ditakuti musim pilihanraya
tidak dipilih lagi oleh mereka
Pilihanraya adalah penentu nasib hidup mereka
Pilihanraya adalah perjudian
di situlah menentukan untung rugi mereka
Kalau di dalam keluarga
anak yang menentukan kehidupan ayahnya,
bagaimana ayah mahu mendidik anak-anaknya
Begitulah kalau pemimpin
kehidupan mereka ditentukan oleh rakyatnya,
bagaimana hendak tegas mendidik rakyatnya
Apa halnya kalau rakyat sudah jahat,
maka pemimpin pun ikut jahat sama
Itulah yang menjadi penyakit di akhir zaman,
hakikatnya rakyat yang memimpin
bukan pemimpin itu yang memimpin
3 comment(s) to... “PEMIMPIN ZAMAN SEKARANG”


3 comments:
Salam Raja Marzuki-Pemimpin yang ideal memang menjadi harapan semua rakyat. Tetapi adakalanya permintaan rakyat tidak mampu dilunaskan kerana kepelbagaian kehendak yang berbeza.
Semoga semua pemimpin dilindungi ALLAH.
Salam Raja Marzuqi...
Puisi ke sajak ni?
Apa pun cetusan rasa itu sangat mendalam dan tepat.
SALAM...tuan Rahisam
Semoga Sejahtera Seisi Keluarga
Diantara sifat-sifat pemimpin yang berjaya itu bila di tengah pengikut ia berwatak pemimpin, bila di tengah pengajian ia berwatak guru, bila berkawan berwatak sahabat, bila di tengah anak-anak berwatak ayah, dan bila bersama isteri berwatak suami.
Terima Kasiih.
Salam tuan kembara (siapa nama nye ye?) semoga sejahtera bersama keluarga tercinta...
pada saya sajak , tapi bagi orang sastera rojak kot !!! Yang paling tepat cetusan rasa lah tu.
Walau bagaimanapun memada lah jika ia nya dapat difahami dan memberi serba sedikit peringatan kepada kita semua agar kita dapat melalui jalan NYA didalam usaha memakmurkan ibu pertiwi yang kita cintai ini.
TERUSKAN PENGEMBARAAN MU KERANA SESUNGGUHNYA KITA ADALAH PARA MUSAFIR!!!
SEMOGA BERJAYA...TERIMA KASIH.
Catat Ulasan