Berita yang menarik perhatian dunia hari ini adalah kejatuhan ekonomi Amerika yang sebelum ini merupakan satu kuasa ekonomi yang paling gah di seantero dunia.Tidak pernah agaknya kita terfikir bahawa Amerika yang menguasai ekonomi dunia boleh mengalami kemerosotan yang sedemikian teruk sekali sedangkan negara-negara yang sedang membangun yang lain tidak pula mengalami nasib yang sama sepertinya.
Bukankah ini menjadi satu perkara pelik yang berlaku dan menimbulkan persoalan kepada kita,Apa sebenarnya yang sudah berlaku?Amerika kini mengalami kemerosotan ekonomi disebabkan menanggung sebahagian akibat daripada krisis kredit yang bermula tahun lepas dengan gadai janji subprima di Amerika Syarikat (AS) dan sejak itu krisis ini melanda pasaran perbankan Amerika di seluruh dunia.
Yang terkini, Bank pelaburan gergasi, Lehman Brothers diisytiharkan muflis bulan lepas. Pasaran saham di Amerika juga mengalami kejatuhannya dan Wall Street menjadi saksi detik-detik kejatuhan saham dagangan itu di waktu ini dan krisis buruk pasaran saham ini turut melanda secara global. ini membuat orang ramai mula hilang keyakinan terhadap keupayaan saham untuk menjana keuntungan dan sebagai pelaburan yang memberi pulangan lumayan.
Pelbagai usaha dilakukan oleh pakar-pakar ekonomi mereka untuk memulihkan krisis kewangan tersebut, di antaranya dengan menaikkan harga minyak sedunia, mewar-warkan mengenai kekurangan makanan, bail out syarikat-syarikat perbankan mereka seperti AIG dan pelbagai usaha lain lagi tetapi kelihatannya semua menuju ke arah jalan buntu.
Kuasa apakah ini yang sedang mencatur ekonomi dunia dan mengambilalih peranannya dari Amerika yang sebelum ini terkenal dengan gelaran PENCATUR sistem ekonomi dunia?
Sebagai umat Islam, semua kita diajar bahawa Allah sebenarnya pencatur segala urusan di seluruh alam ini sama ada di dunia mahupun di akhirat. Tetapi pengetahuan ini hanyalah di peringkat tahu sahaja sedangkan mungkin kefahaman atau keyakinan kita tidak selari dengan apa yang kita ketahui itu.Mengapa berlaku ketidak seiringan antara pengetahuan dengan kefahaman dan keyakinan ini?
Sebenarnya, Roh dari ajaran Islam itu berkait rapat dengan keimanan, ketaqwaan, alam kerohanian, alam ghaib, barokah dan karomah. Semua ini boleh diibaratkan umpama enjin kepada kereta. Tanpa enjin, sesebuah kereta itu tinggal rangka yang sudah tidak berfungsi lagi. Andainya 'body' kereta itu digilap berkilau, kusyennya empuk, dilengkapi dengan berbagai aksesori canggih sekalipun, kereta tersebut tidak akan ke mana-mana. Lebih baik kereta lembu yang boleh juga berfungsi sekalipun tidak menarik.
Begitulah nasib malang yang menimpa umat Islam. Bantuan ghaib, barokah dan karomah sudah tersisih dan dianggap begitu asing dari kehidupan dan perjuangan. Wali dan karomah dianggap dongeng malah sesat. Persoalan kerohanian dihakis dan dikikis seperti kudis atau bisul pada tubuh yang perlu dibuang dan dijauhi.
Umat Islam sendiri sudah bertindak memomokkan dan memburukkan gambaran mengenai wali dan karomah. Umat Islam takut kepada kewalian dan karomah seperti menghindari penyakit berjangkit.Sesuatu yang berlaku secara khawariqul' adah tidak dapat diterima dengan alasan tidak logik. Sedangkan memang sifat khawariqul 'adah itu berlaku di luar logik dan rasional.
Mukjizat para Rasul semuanya berlaku tanpa logik. Demikian juga kedudukannya dengan karomah.Apa yang berlaku pada hari ini contohnya kepada Amerika, sememangnya ia di luar logik dan pencapaian akal manusia. Di situlah Allah SWT memperlihatkan kekuasaanNya yang mutlak itu agar manusia takut, gentar dan merasakan betapa kerdilnya seluruh makhlukNya yang segala-galanya tertakluk kepada kuasa Allah SWT dan berada di dalam genggaman-Nya.
Di saat ini apa yang sepatutnya kita lakukan sebagai umat Islam ialah berusaha untuk menyambut situasi ini dengan berusaha untuk menjadi golongan yang layak untuk mendapat bantuan Allah kerana dunia hari ini sudah terlalu kronik kerana manusia sudah terlalu ramai melupakan Tuhan dan kekuasaanNya.
Sejarah telah membuktikan bahawa Kerajaan langit atau pemerintahan ghaib berperanan bagi memenangkan golongan yang sedikit tetapi benar-benar beriman dan bertaqwa. Ia juga memperlihatkan betapa di dalam situasi bagaimana sekalipun umat Islam tetap menang dan berjaya asalkan memiliki syarat-syarat bagi Allah SWT mendatangkan pertolongan-Nya.
Firman Allah SWT bermaksud: "Golongan sedikit mengalahkan golongan yang ramai dengan izin Allah." (Al-Baqarah: 249)
Firman Allah SWT bermaksud: "Dan Allah telah berjanji kepada orang beriman di antara kamu dan mengerjakan amalan soleh, bahawa Dia akan benar-benar menjadikan mereka berkuasa di muka bumi." (An-Nur: 55)
Kini siapakah di kalangan umat Islam yang layak mendapat bantuan dan pertolongan Allah SWT?
Kelompok mana atau golongan mana di kalangan umat Islam ini yang layak mendapat kerjasama dari kerajaan ghaib yang di kalangan mereka itu sering berlakunya karomah atau khawariqul 'adah?
Siapakah di kalangan umat ini yang Allah SWT 'sudi memandangnya'?Pertanyaan ini sepatutnya sentiasa bermain di benak kita, dan mencari jawapannya.
Menjawab persoalan ini ertinya umat Islam perlu membuat muhasabah menghitung dan menilai diri. Dan bertanyalah pada diri sendiri serta jawab dengan jujur apakah kita ini layak dipanggil 'orang Allah'?
Apakah tahap keimanan kita sekurang-kurangnya iman 'Ayan atau memiliki nafsu peringkat Mutmainnah? Kitakah yang bergelar Ashabul Yamin, Al Abrar, Al Faizuun, orang soleh yang menepati taqwa yang sebenar? Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa tidak kedapatan kedudukan di tahap yang demikian itu di kalangan umat Islam.
Allah SWT tidak mungkiri janji-Nya.Andainya umat ini layak dan cukup syarat untuk mendapat bantuan Allah SWT, Allah SWT telah berjanji di dalam Al Quran melalui firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah akan mewariskan bumi ini kepada hamba-Ku yang soleh." (Al-Anbiya: 105)Siapakah mereka itu?
Mereka yang di antara ciri-cirinya ialah dalam sehari semalam berada dalam amalan soleh atau kebaikan atau kebaktian selama lapan belas jam. Enam jam selain itu mereka berbuat perkara harus dan jarang sekali jatuh kepada dosa. Kalau ada pun berbuat dosa, is tidak disengajakan dan itu pun terlalu sedikit yang diinsafinya dan bersegera memohon keampunan.
Hakikatnya memang mudah untuk memakmurkan kehidupan manusia.
Mudah untuk menyogokkan kemajuan dan pembangunan.
Mudah untuk mencapai perkembangan ekonomi tinggi.
Mudah untuk menanamkan minat terhadap teknologi secanggih manapun.
Tetapi tiada jaminan untuk mendapat keampunan, keredhaan dan rahmat Allah SWT. Ini semua akan melahirkan kehidupan masyarakat yang penuh keharmonian, kasih sayang, bertolong bantu, aman damai dan selamat sejahtera.
Model ketinggian tamaddun material berada di mana-mana pelosok dunia dan mudah dipindahkan ke tempat lain.
Tetapi di mana hendak ditiru model kehidupan masyarakat yang memiliki tamaddun kerohanian yang tinggi.
Kebenaran (haq) datangnya dari Allah SWT. Ayat Al Quran atau dengan lain perkataan Islam ini adalah Allah SWT yang punya maka Allah SWT menjaganya.
Apabila muncul golongan yang benar-benar tepat berada di jalan kebenaran itu maka Allah SWT pasti membelanya.
Allah SWT bela kerana di tangan golongan itu terjamin Islam itu benar-benar murni dan tulen.
Di tangan golongan ini Islam itu benar-benar menepati kehendak Allah dan RasulNya.
Mereka memiliki cukup syarat maka tentera Allah SWT pun berperanan. Allah SWT hantar tenteraNya untuk mengalahkan musuh.
Sedikit sahaja di kalangan pejuang kebenaran mempersiapkan tenteranya yang kadang-kadang tidak sampai perlu berfungsi.Maka dengan itu, marilah kita bersama-sama berdoa agar masanya akan tiba dengan segera, kekuatan teknologi roh atau kerohanian ini mengalahkan sepenuhnya kekuatan teknologi maddi yang bertunjangkan sistem yang kufur.
4 comment(s) to... “KEJUTAN ATAU KEPELIKAN...”


4 comments:
Salam. Blog yang menarik & sangat memberi ilmu. Teruskan menulis...
Saudara Raja Marzuqi yang saya kasehi,
'Blogger bertemu Blogger'
Ulasan kepada Azli Shukri:
'Apabila bertemu 2 orang sahabat, dimana pertemuan itu bukanlah satu pertemuan yang dirangcang mereka sendiri melainkan pertemuan itu dirancang oleh Yang Maha Merencana, dan apabila mereka bertemu seraya berkata; "rezeki kita untuk berjumpa di atas kehendakNya" lantas mereka terus berbicara tentang kebesaran Allah SWT dan pengorbanan para Anbiyaa yang terdahulu,
maka; terpancarlah rasa kasih sayang atas zath Allah dengan pemula bicara 'Bismillahirrohmanirrahim',
maka kasih sayang yang telah terpancar dan wujud dijiwa-jiwa mereka yang tenang itu sudah tidak akan berbelah bahagi lagi walau kemana sahaja mereka pergi, ia tetap akan terus mengigati, kerana kasih sayang yang wujud disudut hati mereka itu telah pulang kepada penciptanya, iani pencipta hati mereka.
:)
[Ini pula sekadar sesalinan kepada Saudara saya Azli Shukri yang saya kasehi - Ruang internet maya Blog ini untuk apa?,dan Siapa yang menguasainya, betapa saya mahu Saudara Azli dan sahabat2 lain membacanya]
[Salinan]
"Ameen Ya Rabb... Ameen Ya Rabbul A'lameen.
Ya Rabb,
Perkenankanlah doa-doa suci yang mereka panjatkan,
Bimbinglah mereka seperti mana aku yang lemah lagi kerdil lagi hina ini yang juga mahu dibimbingi kepada jalanMu Ya Rabb,
Sesungguhnya, kami semua amat Takut kepadaMu.
dan hanya kepadaMu sahajalah kami bersujud.
Ameen, Ya Rabbul A'lameen"
InsyaAllah,
Buat makcik yang saya kasehi, diawal pagi hari ini, hari Sabtu 18 Syawal 1429H yang mulia ini, berkicauanlah suara hati saya yang riang ria dan tersenyum lebar luar diatas satu sebab;
"Bismillahhirrohmannirrahim"
Tersenyum sungguh saya tanda sangat gembira membaca perkataan-perkataan yg makcik sebut diawali perbicaraan... :)
Gembira sungguh berkicauan suara hati saya apabila makcik benar-benar secara iklasnya memulakan bicara itu dengan ucapan
"Assalamualaikum anakku Zul"...
MasyaAllah...
[suara hati ini lantas terus berbisik dengan kaseh sayang seraya berkata;..]
"Wa alaikum mussalam warah matullah Ibu ku"
Gembiralah saya yang bakal tersenyum kepada sekalian alam yang bakal memulakan hari ini dengan perasaan dan senyuman yang sungguh ikhlas.
MasyaAllah,
Tuhan pemilik As maul Husna yang benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Sudah terbitlah perasaan belas dan kaseh sayang itu yang terjalin diantara pemilik Blog 'melayuangkat' dan 'zul rahman'. Perasaan sebegitu hanya bisa terjalin atas dasar ZathMu Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Terjalin sudah perasaan itu walau tanpa nama,
tanpa mengenali,
tanpa mengetahui dimana dan duduk perkara sebenar TETAPI atas dasar sifat segala pemula bicara iatu
""Bismillahhirrohmannirrahim",
kami sujud dan saling mengagungkan NamaMu dan kini, Engkau telah membuktikannya kepada kami Ya Rabb.
Tidak lah aku ketahui 'siapa sebenarnya' 'Bloggers' 'melayu angkat' melainkan Engkau, Tuhan yang Maha Mengetahui,
Tidaklah kami ketahui dimana awalan terwujudnya ruangan 'Blog' seperti ini melainkan Engkau Tuhan Yang Maha Merencana.
Tidaklah kami ketahui, betapa ruang alam maya internet ini benar-benar boleh mewujudkan perasan-perasaan itu yang mana tidak terwujudnya sesuatu perkara itu jikalau ia tidak diidzinkan olehMu Ya Allah.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Merencana lagi yang Maha Mengetahui,
Bimbinglah kami 'demi' memanfaatkan ruagan ini,
Bimbinglah kami 'demi masa' supaya kami saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.
Tuhanku,
"Apa yang tidak diceritakkan kepada kami tentang kesah-kesah pengorbanan seorang Ibu,
dan apa pula yang tidak diceritakan kepada kami tentang kehidupan yang bermulanya dari segumpal darah,
lalu ditiupkan ruh,
lalu dicantum-cantumkan,
lalu digerakkan dan seterusnya ditadbiri olehMu
yang Maha Merencara, Maha Kreatif, Yang Maha Menghalusi dan Maha Segalanya,
Lalu tugasan-tugasan itu diamanahkan kepada pemegang amanahMu iatu seorang Ibu"
MasyaAllah,
Apa yang tidak diceritakan kepada kami tentang Ibu?
Apalah lagi yang mahu kami dustakan?
Benarlah,
segala-galannya yang diceritakan didalam Al-quran itu adalah benar"
Benarlah,
dengan sifat Yang Maha Menghalusi yang dimiliki olehMu itu, kami telah dipesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran daripada yang terdahulu demi memikirkan dan menghaluisi apa jua perkara.
Maka benarlah Ya Rabb,
Sesungguhnya Engkau amat menyukai kepada hamba-hambaMu iani mereka-mereka yang berfikir,
mereka-mereka yang berfikir dengan menghalusi perkara.
Kami ingin sekali kami panjatkan kembali doa Imam Ali Zainal Abidin (sa) cucu kepada Nabi Muhammad Saww...
"Bismillahirrohmanirrahim..
Rabbila takilni ila ghairiq'... ila nafsi, fa'a jas tu 'anha...
Wahai Tuhanku,
Jangan Engkau serahkan aku ini kepada diriku,
Aku tidak mampu untuk menguruskannya,
Dan jangan Engkau serahkan diriku ini kepada orang lain,
Nescaya mereka akan menghilangkan aku,
......
Shalawat salam kepada Baginda Muhammad Saww dan seluruh ahli keluarga baginda Muhammad".
Saddaqallahuladzim.
Salam hormat kepada semua, salam penuh kaseh sayang,
ZUL RAHMAN
Credits & ref:
P/s: Terima kasih 'makcik', Ibuku di Blog 'melayuangkat' kerana mengigatkan kami kepada kebenaran dan kesabaran.
P/s: Doa Imam Ali Zainal Abidin (sa) cucu Rasulullah Saw.
(Kitab Mafâtihul Jinân, kunci-kunci surga, bab 1, Pasal 3)
P/s: Rujukan kepada Dr.Asri, Mufti Perlis. Terima kasih tidak terhingga di:
http://www.youtube.com/watch?v=fbwYQD2gIO4&feature=related
P/s: Salainan kepada kawan-kawan Blogger, harap tidak menjadi masaalah, Jikalaulah tidak bersetuju, janganlah dipanjang-panjangkan ya, terus sahaja DELETE, tidak menjadi masalah. Saya ikhlas.
October 18, 2008, Shawal 18, 1429H 7:00 AM
Salam Raja Marzuki.
Krisis kewangan global menuntut kita membuka lembaran baru dalam dunia Islam yang dianggap pengganas oleh AS tetapi merekalah pengganas yang meranapkan rakyat sendiri.
Moga sistem kewangan Islam diberi ruang seluas-luasnya menerajui ekonomi dunia,bukan lagi AS negara kerdil lagi bongkak.
Kepada psytroopers...SALAM dan terima kasih...semoga segala ilmu yang kita ada dapatlah diperpanjangkan kepada mereka-mereka yang kita kasehi walau sepotong ayat...
Kepada saudara-ku Rahisam Ramli ,sesungguhnya AL-HAQ itu sudah semakin hampir dan marilah kita saling doa mendoakan agar diri kita,keluarga dan sekelian ummah akan dapat berserta dengan penyelamat yang dijanjikan...INSYAALLAH.
Catat Ulasan