CARILAH PENYELESAIAN :APA UNTUNGNYA KRISIS?

Posted 12:36 AM by Raja Marzuqi in
Utusan Malaysia : PUTRAJAYA 1 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, UMNO akan meneruskan apa juga bentuk pertemuan dengan Pas meskipun parti itu menolak cadangan untuk bekerjasama membentuk kerajaan campuran dengan Barisan Nasional (BN).



Perdana Menteri berkata, sebenarnya dalam siri pertemuan dengan pemimpin Pas sebelum ini, beliau sendiri tidak pernah bercakap soal perkongsian kuasa seperti yang diheboh-hebohkan sekarang.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, pertemuan dengan Pas adalah membincangkan hal-hal agama yang memerlukan persamaan pendapat bagi mengurangkan perbalahan yang mungkin merugikan umat Islam di negara ini.

''Itu keputusan Pas (menolak kerajaan campuran), ia adalah sebuah parti politik yang berdaftar dan berhak untuk membuat keputusan dan mengambil apa juga tindakan mengikut undang-undang.

''Apa lagi yang saya hendak ulas. Tidak ada masalah dalam apa juga bentuk pertemuan, muqabalah atau muzakarah... saya tidak kisah.

"Kita jumpa dan cakap dengan niat dan tujuan yang ikhlas supaya apa jua keputusan yang dibuat akan membawa kebaikan," katanya.

Beliau mengulas keputusan Pas menolak sebarang kerjasama dengan UMNO dan BN untuk membentuk kerajaan campuran sama ada di peringkat Pusat atau negeri.

Bagaimanapun, semalam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, rancangan Pas untuk mengadakan pertemuan dengan semua pihak termasuk UMNO demi kepentingan negara dan ummah akan tetap diteruskan.

Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat selama lima jam semalam dengan dihadiri lebih 50 pemimpin tertinggi parti Islam itu termasuk ahli Majlis Syura Ulama yang diketuai Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Keputusan itu adalah reaksi kepada tawaran Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali kepada Pas untuk bergabung bagi menubuhkan kerajaan baru di negeri itu sebagai simbol perpaduan politik Melayu dan Islam.

ULASAN.

CUBA bayangkan keadaan kalau dua orang guru bergaduh di tengah padang. Tentu anak murid dan kakitangan sekolah akan berkerumun untuk tengok. Murid-murid akan kucar-kacir. Ada yang ketakutan. Ada yamg berlompatan. Ada yang terpekik terlolong. Yang nakal pula ambil kesempatam usik kawan atau curi barang. Yang cerdik akan hilang keyakinan pada guru-guru itu.

Dan secara umum murid-murid terbiar dan terdedah pada keadaan yang kucar-kacir dan akhlak liar. Kesan akhimya ialah pihak sekolah akan menanggung berbagai kesan buruk seperti pecah-belah dan lain-lain.

Atau cuba bayangkan kalau ibu bapa bergaduh dan bertengkar di depan anak-anak. Kalau anak-anak yang lemah jiwa dia akan jadi kecewa dan penakut. Anak-anak yang agresif akan liar dan suka bergaduh. Anak-anak yang cerdik akan malu dan sedih kerana mempunyai ibu bapa tersebut sekaligus menghilangkan kepercayaan dan ketaatan pada ibu bapa itu. Hasilnya keluarga itu akan terbarai dan gelap gulita.

Begitulah halnya kalau pemimpin bergaduh di tengah medan kehidupan. Para pengikut diberitahu tentang kejahatan atau kelemahan pemimpin mereka. Maka samada kita sedar atau tidak, mahu atau tidak mahu akan terjadilah keburukan-keburukan sepertimana yang terjadi pada sekolah yang gurunya bergaduh di tengah padang atau keluarga yang ibu bapanya bertengkar di depan anak-anak. Parti politik negara atau badan dakwah atau badan kebajikan yang pemimpimnya bergaduh itu, akan ditimpa beban-beban yang bakal meletakkannya dalam keadaan yang lebih hina dari sebelumnya.

Barangkali mustahil untuk mengelakkan krisis secara total. Sebab sudah menjadi sunnatullah, krisis tidak dapat dielak dan sebagai ujian bagi makhluk yang serba lemah dan hina di dunia ini. Tapi membendungnya tentu boleh diikthiarkan. Sekurang-kurangnya kalau mahu bergaduh juga, cuba secara tertutup. Biar yang tahu itu pihak yang terlibat sahaja orang lain tidak payah dilibatkan, yang ramai dikurangkan atau yang besar dikecilkan. Yang panjang dipendekkan. Maksudnya jamgan ajar masyarakat meniru pergaduhan dan pecah-belah.

Tapi sudah macam satu kegemaram pula media massa dan masyarakat kini untuk mendedahkan krisis-krisis yang berlaku di kalangan orang kenamaan (pemimpin) terutamanya pada semua orang di seluruh dunia (samada dalam parti atau jemaah Islam atau lain-lain). Dilaga-laga, dihasut, diugut dan dimain-mainkan pemimpin itu di depan pengikut-pengikutnya. Ya, untuk tujuan "commercial" memang untung tetapi kerana itu parti atau badan itu akan lumpuh, huru-hara dan terkorban. Dan musuh akan ambil kesempatan memainkan lagi akhbar atau orang-orang tertentu. Di sini nyatalah sebahagian besar orang-orang suratkhabar tidak bertanggungjawab terhadap masyarakat dan bangsanya atau ummah lebih-lebih lagi terhadap agamanya.

Untuk dapatkan masyarakat yang aman damai caranya ialah mendidik mereka dengan berita, cerita atau ilmu yang menghala ke situ. Bukan membesarkan berita krisis atau kacau-bilau. Kalau hendak cerita juga biarlah untuk tujuan cari penyelesaian bukan untuk bakar semangat supaya rasa sengketa itu mengalir dalam jiwa rakyat.

Para pemimpin yamg terlibat pula sepatutnya memikirkan nasib pengikutnya dan masyarakat lebih dari diri sendiri. Fikirkan apa yang akan jadi pada masyarakat kalau krisis pribadi itu dibesarkan. Kalau hendak puaskan hati sendin, pantang dicabar kita pun melompat, lepas satu bab, ke satu bab kita layan berpanjanganlah krisis itu. Alhasil pengikut dan masyarakat jadi mangsa. Bak kata pepatah gajah sama gajah berjuang, kancil mati di tengah.

Pemimpin yang bijak ialah yang dapat mengawal krisis jangan merebak, bukannya yang suka mencari fasal dan yang memanjangkan fasal.

Allah S.W.T telah ingatkan ini dengan firman-Nya :

Ertinya :
"Hendaklah ada di kalangan :kamu sekelompok umat yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari kejahatan."
(Surah Ali Imran : 104)

Mencegah kejahatan bukan sahaja melarang orang dari buat jahat atau mungkar tapi melarang dari membesar atau mendedahkan sebarang bentuk mungkar. Apalagi kalau mungkar itu boleh membawa huru-hara dan pecah belah dalam masyarakat.

Para pemerhati pula khususnya ulama dan intelektual bila lihat bunga-bunga krisis dan perpecahan dalam masyarakat jangam berdiam diri.

Ingat kembali apa kata Rasulullah s.a.w., yamg bermaksud :

"Mahukah aku tunjukkan satu amal yang paling baik? Iaitu mendamaikan saudaramu yang bergaduh."

Sekalipun yang bergaduh itu ialah pemimpin masyarakat tapi mereka wajib ditegur, dinasihat dan didamaikan. Dengan cara berdiam diri atau tunggu saja, mustahil masalah akan selesai dengan sendirinya. Tapi teguran itu bukan secara tulis dalam surat kabar tetapi dengan nasihat, surat atau telefon, secara hati ke hati.

Berkrisis atau bermujadalah walaupun kecil apalagi taraf antara bangsa tidak pernah membawa kebaikan. Pihak yang menang akan sombong, ujub dan bertindak kejam terhadap lawan. Sebaliknya yang kalah rasa "frust" dan selalunya cari jalan untuk jatuhkan lawan dengan cara di luar perikemanusiaan. Kes bunuh dan lain-lain jenayah yang banyak berlaku kini sebahagian besar adalah hasil dari kekalahan dalam pergelutan merebut nama, pangkat, harta benda, wang ringgit dan lain-lain kepentingan duniawi.

Tiada seorang pun berkata krisis adalah baik kecuali orang itu sendiri berhajat sangat untuk cari sesuatu kepentingan dari krisis itu.

Sekian.


0 comment(s) to... “CARILAH PENYELESAIAN :APA UNTUNGNYA KRISIS?”

0 comments: