Kalau engkau mengadap hidangan
Fikirkanlah berapa ramai orang yang terlibat membuat jasa kepada engkau
Nasi jasa petani, ikan jasa nelayan
Sedangkan mereka kais pagi makan pagi
kais petang makan petang
Ada makanan dari jasa- jasa buruh kilang
Mereka miskin dan papa dari kita
Jika engkau berpakaian ingatlah berapa ramai pula orang yang
menyediakannya
Sedangkan gaji mereka tidak seberapa
Mereka melarat dan menderita
Di waktu engkau menaiki kenderaan yang mewah
Ingatlah berapa ramai buruh-buruh kasar yang menyiapkannya
Padahal mereka tidak pernah menaikinya
Engkau senang-senang menaikinya
Begitulah kalau setiap apa yang engkau makan dan apa yang engkau rasa
Engkau renung sejenak memikirkannya
Engkau akan insaf dan sedar
Berapa ramai orang yang telah berjasa kepada engkau
Engkau akan bertimbangrasa kepada mereka
Engkau akan belas kasihan kepada mereka yang miskin dan papa

Tidak ada orang perseorangan atau golongan yang suka dengan kecurian, penipuan, kidnap, rompakan dan pembunuhan. Tidak ada yang suka berlaku rogol, vandalism, mengganggu ketenteraman awam, khianat, peras ugut dan lain-lain jenayah. Lebih-lebih lagi yang tidak suka itu adalah orang kaya, yang berkuasa, korporat-korporat, orang-orang mewah dan senang hidupnya.
Tetapi mereka lupa adakalanya mereka juga menyumbang gejala masyarakat yang tidak sihat yang sungguh menyusahkan dan menakutkan. Mereka takut dengan kejadian-kejadian yang menakutkan itu tetapi secara sedar atau tidak sedar mereka juga menyumbang ke arah itu.
1. Sombong orang kaya orang membalas dendam, mereka rompak atau membuat gangguan-gangguan.
2. Bakhil orang kaya itulah mereka curi atau rompak.
3. Tidak berperikemanusiaan pihak berkuasa itulah adakalanya mereka membuat kerosakan kerana sakit hati dan dendam kesumat.
Mereka itu sudah tidak beragama, takut dengan Tuhan sudah tidak ada, mudah mereka membalasnya. Kalau ada orang-orang yang hidupnya mewah dan senang, ada harta dan kuasa yang sama-sama juga tidak takutkan Tuhan apa pula mereka hendak takut hendak membuat aniaya kepada mereka.
Sebenarnya kalau kita analisa dan teliti dengan adil dan saksama kerana kejahatan juga ada tindakan balas. Jenayah yang berlaku, gejala masyarakat yang negatif terjadi daripada pertarungan di antara orang kaya dengan yang tidak punya. Peperangan secara tidak sedar di antara orang susah dengan orang senang, lahir jenayah. Hasil krisis moral di antara golongan atas dengan golongan bawahan lahirlah kerja-kerja tidak bermoral. Dendam secara senyap-senyap di antara rakyat biasa dengan orang yang berkuasa dan orang yang kaya terjadi gejala yang bahaya.
Ertinya adakalanya kejahatan orang oleh kerana kejahatan kita yang tidak disenangi orang. Kejahatan dibalas dengan kejahatan, cuma bentuk kejahatan itu sahaja yang tidak sama di antara orang susah dengan orang senang. Oleh itu kalau kita hendak membaiki masyarakat, kenalah kita juga baik kerana kalau kita juga jahat macam mana hendak membaiki masyarakat yang sudah jahat. Yang hendak dipulihkan jahat, yang memulihkan pun jahat, mana ada berkat. Jahat campur jahat jadilah masyarakat bertambah jahat.
Krisis yang berlaku di dalam pergolakan politik hari ini semakin menular dan bejangkit pula kepada isu institusi beraja di Malaysia. Dengan tidak semena-mena, institusi Raja pula di libatkan di dalam kancah politik. Hal ini sangatlah membimbangkan kepada bangsa Melayu kerana kisah Jebat kembali mewarnai negara kita walaupun dalam versi yang moden pula.Bagaimana sebenarnya virus ini menular hingga bangsa Melayu yang terkenal taat setia dan ketaatan dan kesetiaan kepada raja ini juga termaktub di dalam rukun negara untuk semua bangsa, mula dipertikaikan dan membawa polemik yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum.
Apakah yang seharusnya di lakukan untuk meredakan polemik ini dari terus menjadi semakin kritikal ?
Sebenarnya, apabila mendidik manusia, kita kena kenallah manusia itu dan perlu ada ilmunya, ada kaedahnya. Mendidik manusia tidak semudah dikata sekiranya dari kecil tidak pernah diasuh, dari sekolah lagi tidak pernah diperkata tiba-tiba setelah dewasa minta dikota?! tidak masuk akal, tidak munasabah manusia boleh terus bertindak. Sikap dan watak manusia itu adalah hasil asuhan dan didikan ia mestilah dilatih dari kecil lagi barulah berkesan
Marilah kita cintakan agama, bangsa dan negara!
Slogan ini tidak semudahnya orang boleh cinta. Kalau cinta nafsu, memang tidak payah diajar, tidak payah diasuh, orang sudah sedia pandai.Macam cinta laki-laki atau perempuan, ia cinta nafsu mudah berlaku,kita kenalah faham ini. Tapi cintakan agama, bangsa dan negara tidak mudah berlaku hanya sekadar berkata.
Ia bukan cinta kepada sesuatu yang terangsang dan merangsang macam cinta laki-laki dan perempuan. Cinta yang ini mudah berlaku tidak diceritakan pun berlaku, memang setiap hari berlaku. Cintakan agama, bangsa dan tanah air tidak begitu ia perlu diasuh dari kecil, dididik dari sekolah lagi. Ia perlu pemangkin, perlu ilmu, perlu kesedaran, perlu galakan, hingga mendarah mendaging.
Disebut selalu itu hanya hendak menyuburkan sahaja sedangkan asasnya sudah ada, sudah bertapak di jiwa. Diharap semua golongan faham dan ambil tahu bahawa sebenarnya perkara besar, semua hal adalah hasil didikan bermula dari kecil lagi.
Tidak pernah kita dengar orang berkata :
“Aku tidak mahu menipu kerana aku takut bangsa dan negara” atau ada hati kecil berkata: “Aku tidak mahu hasad dengki, tidak mahu berdendam, mencuri, berzina dan lain-lain kejahatan kerana takut negara.”
Atau ada kedengaran orang menberi nasihat seseorang:
“Buatlah baik jangan buat jahat takutlah kepada bangsa dan negara!”
Yang selalu kita dengar atau hati kecil berkata “Aku tidak mahu buat jahat.” atau “Aku hendak buat baik kerana Allah suruh kita.”
“Tuhanlah suruh buat”
“Tuhan tidak suka”
“Tuhan akan masukkan neraka orang yang jahat”
Orang buat baik atau tidak mahu buat jahat ada kaitan dengan Tuhan. Rupanya buat baik atau tidak buat jahat jarang orang kaitkan dengan bangsa dan negara. Cuma kalau orang buat baik kerana Allah, bangsa dan negaralah yang mendapat untungnya.
Oleh itu kalau hendak mendidik manusia, kaitkan dengan Tuhan, yang mendapat untung sudah tentulah bangsa dan negara.Hendak jadikan manusia baik dan tidak jahat kenalkan Tuhan dan asuh manusia mencintai-Nya atau takutkan-Nya bukan ajak manusia cintakan bangsa atau negara.
Cintakan bangsa dan negara adalah buah cinta kepada Allah.
Kalau manusia baik dan manusia sudah tidak jahat, kerana takutkan Tuhan memanglah bangsa dan negara yang mendapat untung.Bangsa dan negara secara automatik maju, aman damai kerana orang takutkan Allah bukan takutkan bangsa dan negara.Tetapi apa yang terjadi sekarang para pemimpin mendidik rakyat cintakan bangsa dan negara. Bangsa dan negara tidak dicintai, Tuhan pun bukan sahaja tidak dicintai bahkan Tuhan pun dilupai.
Cintakan Allah, membawa orang cintakan bangsa dan negara.
Cintakan Allah, bangsa dan negara yang akan mendapat untung adalah bangsa dan negara maju, aman damai dan harmoni.
Jadi cintakan Allah Tuhan semesta, adalah rahsia atau anak kunci orang cinta agama, bangsa dan negara.
Pemimpin dan kepimpinan sebenarnya amat mencorak dan mempengaruhi masyarakat yang dipimpin di bawah tanggungjawabnya. Rentak dan budaya masyarakat yang berada di bawah kepimpinanan pemimpin mencerminkan keperibadian sebenar pemimpin tersebut. Dengan kata lainnya, masyarakat dicorak oleh pemimpinnya.
Lihat sahaja di zaman kepimpinan Rasulullah SAW, masyarakat yang dipimpin oleh Rasulullah SAW mampu menjadi masyarakat yang dipanggil salafussoleh sehingga 300 tahun lamanya walaupun sesudah baginda wafat. Inilah cerminan kepimpinan yang agung dan patut diambil teladan dan dicontohi sungguh-sungguh oleh masyarakat Islam hari ini. Walaupun Rasulullah SAW sudah tidak bersama kita lagi, tetapi panduan yang telah beliau tinggalkan kepada kita dan kasihsayang beliau kepada umatnya tetap akan sentiasa menjadi penyegar jiwa kita untuk terus cuba meniru dan mengikuti setiap ajaran yang beliau telah sampaikan.
Pentingnya pemimpin adalah untuk mengajar, mendidik dan memimpin rakyat kepada jalan kebenaran, keadilan, keselamatan dan kebahagiaan hidup yang hakiki dunia dan akhirat. Dengan kata yang lain, pemimpin bertanggungjawab untuk membuat rakyat dan negara aman, makmur dan mendapat keampunan Allah.
Untuk itu, pemimpin bukanlah boleh sebarang orang. Bukan terlantik hasil diundi atau hasil merebut-rebut jawatan atau hasil menonjolkan diri. Pemimpin bukan juga dipilih kerana ada kelulusan atau ijazah. Kelulusan dan ijazah dunia tidak relevan dan bukan syarat untuk menjadi pemimpin. Sebab pemimpin bukan bekerja untuk mendapat-kan rezeki dan tidak juga untuk mencari publisiti. Lebih-lebih lagi bukan untuk mengaut harta dan kekayaan.
Tugas pemimpin adalah untuk menyelamatkan rakyat dan umat di dunia dan di Akhirat. Untuk itu, dia hendaklah orang yang betul-betul boleh membuat kerja tersebut. Dia mesti ada karisma kepimpinan yang Tuhan bekalkan kepadanya, ilmu kepimpinan, watak semula jadi, latar belakang kehidupan dan didikan awal yang sesuai untuk melayakkan dia dapat membawa umat kepada keselamatan dunia dan Akhirat. Kalau dia bukan orangnya dan dia tidak layak, akan rosak umat dan rakyat dikerjakannya. Selamat atau tidak sesebuah negara banyak bergantung kepada pemimpin. Sebab itu, Islam ada menetapkan syarat-syarat dan sifat-sifat yang wajib ada pada seseorang pemimpin.
Pemerintah yang adil pernah wujud dalam sejarah tetapi banyak yang tidak lama pemerintahannya. Namun ia tidak sebanyak pemerintah yang tidak adil atau zalim. Di antara pemerintah yang adil yang pernah muncul dalam sejarah mengikut ukuran dan nilai Islam ialah Rasulullah SAW, Khulafa ur Rasyidin, Sayidina Umar Abdul Aziz, Muhammad Al Fateh dan Salahuddin Al Ayyubi.
Malangnya kita lihat hari ini, masyarakat seperti hilang punca, bertindak nafsi-nafsi, kasar, keras, pemarah, pendendam, dan sebagainya. Apakah itu memberi gambaran kepada kita tentang kepincangan kepimpinan yang pemimpinnya terlalu jauh dari mencontohi kepimpinan Rasulullah SAW? Apakah juga fenomena kekecohan kepolitikan di Malaysia hari ini kerana kita semua sudah melupakan ajaran Rasulullah SAW dan panduan baginda dan dengan kata lainnya, kita sudah tidak meletakkan Allah SWT sebagai tempat rujuk yang sebenar?
Sebenarnya, pemerintahan Islam bukan wakil rakyat. pemimpin bukan dipilih oleh rakyat, bukan memperjuangkan hasrat rakyat, bukan bersuara mengikut suara rakyat atau bertindak mengikut kehendak rakyat. Dasar pemerintahannya juga tidak ditentukan oleh rakyat.
Dalam Islam, pemerintah adalah wakil Allah.
Dalam Islam, pemerintah umum yang tertinggi ini juga disebut khalifah, yakni khalifah Allah. Ertinya pengganti Allah atau wakil Allah di bumi. Mereka bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja yang Allah perintahkan kepada mereka terhadap rakyat. Kerja-kerja ini termasuklah berkhidmat kepada rakyat, memimpin, mendidik, mengajar, mentadbir, mengurus, menyelesaikan masalah rakyat, membangunkan dan memajukan negara dan masyarakat.
Allah mahu hamba-hamba-Nya semua diurus dan ditadbir dengan baik agar mereka semua di dunia ini mendapat layanan dan hak-hak yang sepatutnya mereka dapat dari Allah SWT. Untuk itu segala harta benda, kekayaan dan khazanah perbendaharaan termasuk kekayaan sumber alam semula jadi diserah kepada pemerintah. Supaya mereka agih-agihkannya dengan adil kepada rakyat dan menggunakan sebahagiannya untuk menyediakan serba-serbi keperluan rakyat dan negara. Supaya negara berada di dalam keadaan aman, makmur dan mendapat keampunan Allah seperti dalam firman-Nya:
Maksudnya: "Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah. " (As Saba': 15)
Oleh kerana pemerintah itu adalah pengganti Allah dalam menjalankan keadilan di kalangan manusia, maka Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya agar taat kepada pemerintah sesudah taat kepada Allah dan kepada Rasul.
Firman Allah Taala:
Maksudnya: "Wahai mereka yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan yang mempunyai kuasa di kalangan kamu. " (An Nisa': 59)
Ketaatan kepada pemerintah, ulil amri atau khalifah yang adil yang benar-benar mewakili atau mengganti Allah untuk mentadbir bumi adalah penting, supaya hukum-hukum Allah yang hendak dijalankan dalam negara dapat berjalan dengan baik. Dan supaya kehidupan hamba-hamba Allah juga dapat diurus dengan baik.
Terhadap mana-mana yang degil dan melawan perintah, dibenarkan pemerintah menghukum mereka demi menjaga dan mengawal kebaikan dalam masyarakat. Dengan syarat kesalahan itu betul-betul kesalahan yang menyalahi syariat dan diiktiraf oleh syariat. Pemerintah tidak boleh gubal hukum dan undang-undang sendiri dengan membelakangkan dan menyalahi undang-undang dan hukum Allah. Jika pemerintah berbuat demikian, maka ia akan jatuh kepada hukum fasiq atau zalim atau kafir. Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka adalah orang fasiq. " (Al Maidah: 47)
Maksudnya: "Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka adalah orang zalim." (Al Maidah: 45)
Maksudnya: "Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka adaiah orang kafir." (Al Maidah: 44)
Kalau pemerintah sudah tidak taat dengan Allah, maka dalam keadaan itu, rakyat tidak lagi wajib taat kepada pemerintah tetapi dalam hal atau perkara yang bertentangan dengan syariat itu sahaja.
Namun dalam hal-hal yang lain yang tidak menyalahi syariat, rakyat wajib terus taat.
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: "Tiada ketaatan kepada seorang makhluk dalam soal menderhakai Allah."
Pemerintah yang zalim dan tidak adil ialah pemerintah yang mengaut harta negara untuk dirinya, keluarga dan kroni-kroninya. Yang tidak memberi bantuan kepada rakyat yang tidak menyokong mereka atau yang mereka anggap sebagai musuh. Yang menyalahertikan tugas dan tanggung jawab kepimpinan dengan menjadikannya sebagai satu sumber pendapatan yang lumayan. Yang mengambil kesempatan atas amanah rakyat untuk jadi kaya-raya. Yang bekerja bukan untuk kepentingan rakyat jelata dan negara, jauh sekali untuk agama. Yang menindas, menekan, menganiaya, khianat dan berlaku zalim kepada rakyat. Hukuman bagi pemerintah seperti ini sangat berat di Akhirat nanti.
Di waktu ini, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT. agar negara kita yang dicintai ini akan sentiasa di dalam keberkatan dan rahmat Allah SWT dan kita mendoakan juga agar dilahirkan dan disuburkan pemimpin yang benar-benar bertindak sebagai wakil Allah di dalam kepimpinannya.
Ya Allah! Ya Rahman!
Cucurilah rahmat dan berkat negara Malaysia
Kerajaannya, rakyatnya, aset-asetnya dan seluruh isinya
Jadikanlah negara ini baidatun thoiyibatun warabbun ghafur
Satukan rakyatnya tidak kira etnik, bangsa dan agama
Ya Allah! Berilah hidayah dan taufiq seluruh rakyatnya
Sama ada pemimpin-pemimpinnya, ulama-ulamanya, pegawai-pegawainya dan seluruh penduduk-penduduknya
Selamatkanlah kami semuanya daripada kehinaan dan bala bencana
Makmurkan rakyatnya, aman damaikan kami semuasepanjang masa
Majukanlah insaniah kami dan majukanlah negara kami
Jauhkantah kami daripada sebarang jenayah dan gejala tidak sihat
Peliharalah kami daripada musuh-musuh yang berniat jahat
Berilah kami iman, taqwa, perpaduan sebagai kekuatan
Jadikanlah Malaysia negara contoh dan ikutan
Setidak-tidaknya bagi negara-negara umat Islam seluruh dunia
Jadikanlah Malaysia Madinah kedua sebagai ulangan sejarah
Yang mana ia berjalan di dalam suasana Al Quran dan As Sunnah
Itulah cita-cita kami ya Allah ya Tuhan kami!
Kabulkanlah permintaan dan seluruh hajat-hajat kami
Setiap detik engkau memberi oksigen kepada manusia
Membolehkan mereka menyambung hidup
Mereka tidak pula nampak nikmat itu dari-Mu
Setiap masa mereka menggunakan mata untuk melihat keindahan alam-Mu
Setiap masa juga mereka mendengar berbagai-bagai berita dan ilmu
Menggunakan telinga yang Engkau anugerahkan pada mereka
Namun mereka tidak terasa apa-apa bahawa itu pemberian-Mu
Mereka hidup begitu sahaja tanpa memikirkannya
Mereka tanpa malu-malu dengan-Mu, nikmat yang begitu besar Engkau beri kepada mereka
Seolah-olah Engkau tidak memberi apa-apa kepada mereka
Mereka boleh berfikir dengan akal anugerah dari-Mu
Dengan akal ini, bermacam-macam rahsia alam-Mu yang mereka temui
Ilmu demi ilmu, penemuan demi penemuan yang mereka peroleh dari-Mu
Walaupun begitu tidak terasa juga oleh mereka kuasa-Mu dan anugerah-Mu
Mereka tidak terasa kasih sayang-Mu dan nikmat dari-Mu
Rupanya mata kepala mereka sahaja yang celik
Mata otak mereka sahaja yang terbuka
Mata hati mereka sudah buta
Hampir merata manusia hidup di dunia begini keadaannya
Engkau sebagai Tuhan mereka melupakannya
Lantaran itulah berbagai-bagai cara Engkau hukum mereka
Dengan bencana alam, kemiskinan, tidak ada kasih sayang sesama mereka
Engkau hukum mereka dengan berbagai-bagai jenayah, pergaduhan dan peperangan menyusahkan mereka
Engkau dera mereka dengan didatangkan berbagai-bagai penyakit merbahaya
Namun masih belum lagi mereka insaf dan sedar
Mereka tidak akan sedar selagi mata hati mereka buta.
Salam buat semua...
Nampaknya blogger sekarang sudah melampau dan amat kurang ajar dalam mempermainkan agama suci ummat ISLAM iaitu ISLAM...
Sekarang sudah bertambah lagi blog yang menghina ISLAM dan RASULULLAH...
Ini semua kerja orang yang biadap, kurang ajar dan orang yang tidak bertamadun....
Mungkin perkataan ini nampak seperti biasa sahaja kepada mereka, tetapi mereka ini yang dilaknat Allah akan terima balasannya nanti......
Apa yang saya katakan ialah mengenai blog baru yang menghina ISLAM dan RASULULLAH iaitu blog 'SYURGA ISLAM: BETAPA INDAHNYA SYURGA ISLAM' dengan menggunakan URL http://syurga-islam.blogspot.com/...
Apa yang lebih biadap dan kurang ajar lagi apabila blog ini menggunakan nickname RASULULLAH kita iaitu 'Nabi Muhammad SAW'...
REVO:Marilah kita bangkit dan tentang bersama-sama blog laknatullah ini agar agama kita, ISLAM tidak dicemar dan dicemuh oleh orang biadap dan bangsat ini.........
Saya menggesa agar semua ummat ISLam bangun dan jangan kita tidur lagi serta sedarlah bahawa agama kita, ISLAM sedang dipermainkan oleh pihak yang biadap ini....
SAYA JUGA MENGGESA KEPADA SEMUA AHLI DAN PENYOKONG BLOGGERS PEMBELA NEGARA (BPN) UNTUK MEMAINKAN PERANAN KITA DALAM MEMPERTAHANKAN ISLAM...
TOLONG BANGKIT SEMUA....SEDARLAH.......BANGUNLAH.......BANGKITLAH.....
ALLAHU AKBAR...........ALLAHU AKBAR........ALLAHU AKBAR...........
Ya Allah, kau hapuskanlah manusia laknatullah ini dan aku mengharap kau dapat memberi petunjuk serta balasan yang amat setimpal kepada hamba-Mu yang menghina serta menentang agama-Mu.......AMIN............Terima kasih..... Salam...Selamat Berjuang.....
Apa yang berlaku ke atas umat islam hari ini adalah disebabkan kelemahan kita semua. Kita jangan salahkan musuh yang memusuhi Islam, kerana itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah
Musuh-musuh Islam memang tidak pernah sepi daripada menyerang dan menggugat aqidah umat. Mereka berusaha dengan berbagai cara, kaedah dan saluran. Mereka menggunakan saluran politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, hiburan, media masa, filem dan sebagainya.
Kalaupun tidak sampai memusnahkan aqidah, namun mereka tetap mahukan agar umat Islam ini sekurang-kurangnya bersikap acuh tak acuh kepada agamanya. Mereka sudah cukup berpuas hati sekiranya umat Islam ini sangat toleransi terhadap agama dalam erti kata tidak meninggalkannya secara total dan tidak pula menganutnya secara total. Agama dipilih mengikut selera dan dalam acara tertentu. Agama menjadi aktiviti bermusim dan menjadi agenda persatuan atau pertubuhan untuk dimuatkan di dalam laporan tahunan.
Agama tanpa penghayatan yang bukan lagi cara hidup memang sudah sangat ketara di kalangan umat Islam. Cuba kita teliti atau hitung, dari mula bangun tidur hingga kembali kepada tidur, banyak mana ajaran Islam yang kita hayati. Banyak mana Islam dijadikan panduan dalam segala urusan hidup. Banyak mana kita membawa Tuhan bersama dalam mengendalikan segala urusan harian. Kalau tidak ada black metal, kehidupan kita tetap jauh dari Tuhan. Kalau bukan kerana black metal, hati kita tidak ada rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Hati kita tetap cuai dan lalai bahkan sangat menderhakai Tuhan.
Sebab itu jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah. Lemah dalam melawan nafsu serakah. Lemah dalam membawa Tuhan dalam urusan hidup. Akhirnya Tuhan biarkan umat Islam diratah-ratah, dibuli dan diperkotak-katikkan oleh musuh. Ini belum lagi diperhitungkan untung nasib di Akhirat. Entah di Neraka mana yang kita ini bakal dihumban lantaran terlalu amat derhaka kepada Allah SWT. Betapa tidak, jauh sekali umat Islam ini berjuang untuk membangunkan empayar, menguasai bumi yang merupakan milik Tuhan, membenteng diri daripada ditembusi aqidah dan budaya kufar pun tidak berupaya.
Apabila Rasulullah SAW diutus, masyarakat yang dihadapi baginda SAW itu bukan sahaja mereka musyrik dan kufar, bahkan mereka juga turut dilanda masalah sosial yang amat dahsyat. Sebut saja apa jenis kejahatan manusia, semuanya mereka lakukan terang-terangan tanpa segan silu. Namun sejarah telah membuktikan, dalam tempoh yang singkat Rasulullah berjaya menukar sejahat-jahat manusia kepada khairunnas - sebaik-baik manusia.
Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang fitrahnya sama saja di zaman mana pun mereka berada dan di mana pun mereka berada, bangsa apa dan keturunan apa pun. Bagaimana dan ubat apa yang dipakai oleh Rasulullah SAW, maka cara dan ubat yang sama juga yang mesti digunakan untuk mengubati penyakit manusia, iaitu:
Pertama:
Rasulullah SAW menanamkan iman. Mengetahui Rukun Iman bukan bererti sudah beriman. Mungkin itu sekadar boleh mengsahkan iman semata-mata. Keimanan yang berjaya ditanam ke dalam hati masyarakat waktu itu seperti digambarkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya bermaksud:
Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman, apabila disebut nama Allah gementar hati mereka.
Begitu takut dan gerun kepada Tuhan hingga gementar hati, yang mereka tidak lagi takut selain daripada Allah SWT. Mereka bukan saja tidak terjejas atau tidak terusik hatinya oleh sebarang budaya, bahkan mereka sendiri sanggup memperjuangkan Tuhan dan agama-Nya hingga tergadai nyawa.
Kedua:
Rasulullah SAW mencanangkan kehidupan Akhirat yang jauh lebih baik dan utama. Sebenarnya tidak ada tandingan dan bandingan tentang kehidupan Akhirat. Bermula dari alam Barzakh maka bermulalah era baru kehidupan manusia. Yang bakal ditempuh adalah suatu alam baru tanpa dapat difikirkan dan dikhayalkan. Tiada sebarang imaginasi yang dapat mencapai alam Akhirat. Segala-galanya adalah alam rasa yang akal tidak berfungsi sedikit pun.
Kehidupan dunia ini umpama mimpi saja, seolah-olah bukan realiti dinisbahkan Akhirat. Satu hari di Akhirat menyamai seribu tahun di dunia. Kehidupan yang kekal abadi tanpa penghujungnya. Usia kita yang sekitar 60 atau 70 tahun di dunia ini kalau dikira pada perjalanan masa di Akhirat hanyalah beberapa minit saja.
Menyedari hakikat bahawa hidup ini terlalu amat singkat berbanding Akhirat yang kekal abadi itu, tentulah tidak ada manusia waras yang sanggup mensia-siakan hidup ini begitu saja. Apatah lagi, sudah tentulah takut untuk berbuat dosa dan maksiat walau sedetik. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya untuk kesedapan yang sekelumit ini. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya takut kepada penderitaan yang sekelumit ini. Tentulah tidak sanggup berlalai-lalai dengan kehidupan sekejap ini sehingga terpaksa menanggung derita yang amat panjang lagi dahsyat, dan terlepas dari nikmat Syurga yang tidak dapat dibayangkan.
Hadis Qudis ini menjadi pegangan hidup mereka dalam berbuat apa saja, iaitu:
Janganlah kamu pandang kecilnya kesalahan yang kamu buat, pandanglah kepada siapa kamu berbuat iaitu kepada Allah. Sekecil-kecil kejahatan ada dosa, dan Nerakalah balasannya.
Orang yang memahami maksud ahdis qudsi di atas akan menjadi orang yang memburu dan berlumba berbuat baik. Dalam pada itu dosa kecil yang mereka lakukan, mereka merasakan seperti gunung hendak menghempap kepala.
Pencinta, pemikir, petugas masyarakat dan siapa saja yang idamkan umat yang sejahtera, dua aspek ubat Rasulullah SAW ini sudah cukup sebagai modal mengubat penyakit sosial.
Inilah modal asas dan utama yang boleh menjadi penyelesaian kepada apa jua jenis penyakit.
Di antara rahmat Tuhan kepada hamba-Nya, Apabila dia selalu diuji dengan bala, Supaya hidup rasa bertuhannya, Agar dia mengharapkan pertolongan Tuhannya, Mengaku bersalah, mengaku berdosa kerana itulah dia dibala, Perasaan itulah yang Tuhan mahu kepada hamba-hamba-Nya...


Sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah, pasar dan sistem perdagangan di kota itu dikuasai dan dimonopoli sepenuhnya oleh orang–orang yahudi. Maju mundurnya masyarakat Madinah saat itu secara tidak langsung diatur oleh kapitalis yahudi. Di dalam masyarakat terjadi penindasan, penzaliman dan riba dimana–mana. Setelah Rasulullah hijrah ke Madinah, maka selaku pemimpin, Baginda tidak bisa berdiam diri melihat kekacauan masyarakat Madinah yang bersumber pada eksploitasi oleh sistem ekonomi kapitalis.
Langkah yang diambil Baginda adalah mengerahkan Sayidina Abdurrahman bin Auf, seorang hartawan, untuk membangun sistem ekonomi bertaraf ALLAH dan Rasul. Sayidina Abdurrahman bin Auf memulai dengan membangun pasar yang dikelola seratus persen oleh umat Islam sendiri berlokasi tidak jauh dari pasar yahudi, yang kemudian diberi nama “Suqul Anshar“ atau pasar Anshar. Semua orang Islam dihimbau untuk berjual beli dan melakukan semua aktivitas perdagangan di pasar itu tanpa bekerjasama sedikitpun dengan yahudi dan tanpa terlibat dengan segala produk atau barang mereka.
Dengan semangat perpaduan serta ketaatan pada ALLAH dan Rasul-Nya umat Islam saat itu menumpukan perhatian semata-mata di Suqul Anshar. Bahkan bukan itu saja, karena dalam sistem ekonomi Islam tidak ada penindasan atau riba serta amat memberi kemudahan dan di dalamnya juga terdapat semangat perpaduan dan rasa ber-Tuhan yang tajam, maka banyak orang bukan Islam dan orang luar kota pun tertarik untuk berdagang ke Suqul Anshar.
Hasil dari perjuangan itu maka dalam waktu singkat ekonomi Madinah beralih ke tangan umat Islam, sehingga ekonomi yahudi yang sudah ratusan tahun, gulung tikar dan bangkrut bahkan mereka menjadi miskin dan akhirnya menutup pasar mereka. Dan karena sebab itu jugalah maka sampai saat ini mereka sangat membenci dan dendam pada umat Islam dan sangat menginginkan secara ekonomi, umat Islam berada dalam kekuasaan mereka tanpa umat Islam menyadarinya.
Demikianlah, perpaduan umat Islam saat itu dalam ketaatan kepada ALLAH dan Rasul-Nya, berhasil membangun ekonomi Islam dan sekaligus merobohkan musuh tanpa berperang secara fisik. Dan seharusnya kita sebagai umat Islam meneladani dan mengikuti sunnah Nabi kita sebagai suatu strategi untuk membangun sistem ekonomi Islam.
Bersatu tidak sama dengan berkumpul, bersatu ikatan jiwa, berkumpul ikatan fizikal, bersatu diikat oleh tali Allah, berkumpul diikat dengan kepentingan dunia.

" Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim.
Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud Maha Penyayang. Kemuliaan dan ketinggian darjat seseorang di sisi Tuhan bergantung kepada taqwanya , sama ada lelaki atau perempuan. "
Kasihnya Tuhan kepada wanita!
Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan layanan istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, ism atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.
Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang dikenakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.
Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam.
Contohnya, dalam soal lalu lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.
Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka.
Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan oleh Tuhan kepada wanita, sama ada secara langsung atau pun tidak.
1. Gelaran bagi isteri di dalam Al Quran
Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa-bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri adalah dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah husband manakala perkataan untuk isteri ialah wife. Dalam bahasa Perancis, perkataan untuk suami ialah mari manakala femme untuk isteri.
Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza zaujuh dan zaujati. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu zaujuh yang bermakna pasangan. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya . Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.
Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut imraah, kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya
2. Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita
Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam.
Antaranya:-
a. Syurga di bawah telapak kaki ibu.
Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan di bawah telapak kaki dan bukan di dalam tangan atau di sisi seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan menghambakan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.
b. Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku.
c. Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina perempuan-perempuan melainkan orang yang hina. (Hadis riwayat Ibnu Asakir)
d. Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.
e. Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang ia suka. (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)
Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.
3. Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama Yang Mulia
Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim . Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud Maha Penyayang . Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya. Sudah tentu Tuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaan Tuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.
Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.
4. Diberi Pahala Yang Berterusan
Wanita disebut kurang dari sudut agama , tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas . Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.
Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaklah pahala yang Tuhan sediakan untuknya.
Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran-ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.
PANDANGAN MATA SEORANG WANITA LEBIH TAJAM DAN MERBAHAYA DARIPADA TEMBUSAN PANAH YANG BERBISA. OLEH ITU AWAS LAH SELALU AGAR JANGAN KITA TERKENA PANAHAN MATA NYA.
Kita juga sebagai umat Islam yang perihatin dengan perpaduan sesama islam tentu juga ingin mengingatkan kepada mereka yang bergelar pemimpin khususnya pemimpin politik, tidak mustahil suatu masa nanti masyarakat umum akan menjadi bertambah meluat serta muak terhadap para pemimpin politik. Ini kerana melihat kepada telatah dan gelagat pemimpin politik yang tiada noktah akhir untuk berdamai. Setiap hari ada saja isu yang menjadi modal untuk bertelagah.
Cuba kita lihat contoh negara negara yang sering berkrisis seperti jiran kita iaitu Thailand dan beberapa negara Afrika seperti Zimbabwe, Sudan, Congo dan yang terbaru Guinea. Berkrisis, bertelagah, bergaduh, bermusuh dan akhirnya berperang. Sama juga dengan apa yang berlaku di Palestin, mereka sedang berhadapan dengan regim Zionis, dalam waktu yang sama mereka berkrisis sesama sendiri.
Umpamanya kita lihat Thailand, bila masanya untuk memikirkan masalah rakyat dan membangunkan negara. Lantaran memikirkan kepentingan diri maka masing-masing saling jatuh menjatuhkan yang tidak mendatangkan sebarang keuntungan. Bahkan lebih banyak merugikan negara dan rakyat. Rakyat ramai membuang masa berdemonstrasi untuk memenuhi selera beberapa kerat pemimpin. Pemimpin yang ada dijatuhkan, naik pula pemimpin baru yang belum pun sempat membuat dasar kerajaannya, sudah dijatukan. Pemimpin baru naik pun senasib juga, belum berbuat apa-apa dasar sudah dijatuhkan pula. Kalau naik pula pemimpin yang baru bakal menghadapi situasi yang sama. Berlaku demikian adalah angkara pemimpin yang membawa bersama rakyat untuk melakukan perkara-perkara yang tiada faedah, iaitu berdemonstrasi untuk saling jatuh menjatuh. Yang untung ialah para pemimpin itu sendiri yang sudah sedia kaya raya dan senang lenang. Rakyat kekal menggigit jari.
Buat masa ini mungkin situasi begitu tidak berlaku dinegara kita, tetapi jangan pula anggap mustahil akan berlaku. Ini kerana melihatkan dikalangan pemimpin politik seringkali mencetuskan pertelingkahan terhadap sesuatu isu yang kadang-kadang tidak sepatutnya di jadikan polemik. Contoh terkini ialah persoalan Hudud.
Hudud adalah hukum Allah swt. Hudud datangnya dari Allah swt. Hudud adalah ketetapan dari Allah swt dan hak mutlak milik Allah swt. Apabila orang politik memperkatakan mengenai Hudud, ianya menjadi panas. Pihak yang mempertahankan Hudud dengan secara panas, manakala yang kurang bersetuju pun dengan secara panas juga. Kita bukan mahu membahaskan isu ini kerana Hudud memerlukan ruang yang panjang, sesuai dibahaskan dalam satu buku. Kita harus ingat persoalan Hudud ini membabitkan hukum hakam Allah swt. Hukum hakam Allah swt bukan sesuatu yang boleh dipolemik secara terbuka dan melibatkan berbagai pihak yang tidak berkenaan. Akibatnya akan semakin mengelirukan masyarakat terhadap hukum hakam Allah itu. Bermula dari polimik antara pemimpin politik yang berseteru, akhirnya membawa kepada pro dan kontra dalam masyarakat umum. Kadang- kala masyarakat umum bukan memahami persoalan sebenar. Mereka hanya cenderung kepada pemimpin parti masing-masing dan fahaman politik yang dianuti. Bukan berpegang kepada pendirian agama sebenar.
Persoalannya di sini, bolehkah hukum hakam Allah swt dijadikan bahan pro dan kontra? Bila keadaan ini terjadi siapa yang mahu bertanggung jawab sehingga membawa pertelagahan pula dikalangan masyarakat umum terhadap Hudud itu. Kita menjadi berseteru kerana hukum hakam Allah swt yang sepatutmya diterima bersama. Kita sesama umat Islam seringkali mencari titik perbezaan dan diperbesarkan hingga melibatkan masyarakat awam. Sepatutnya dalam mana-mana persoalan hukum hakam Allah swt kita mencari titik persamaan dan saling berkongsi ilmu serta kefahaman.
Sikap umat Islam yang terbaik dalam perkara berkaitan ajaran Islam ialah:
1. Berpegang kepada Aqidah dan keyakinan yang sama.
2. Apa saja perintah wajib dari Allah swt diterima sebagai wajib, jangan dipertikaikan. Sama-sama pula mendokong serta laksanakan secara bersama.
3. Apa saja yang ditegah atau dilarang atau haram oleh Allah swt, hendaklah diterima sebagai haram, dan jangan berdolak dalik. Sama-sama menjauhinya, membenteras dan menghapuskannya.
4. Semua perkara makruf hendaklah saling bahu membahu dalam menegakan yang makruf tersebut, dan sama-sama berkongsi manfaatnya.
5. Terhadap perkara mungkar pula sama-sama membenteraskannya.
6. Kalau suatu aspek itu kedudukannya khilafiyah maka sama-sama menjaga adab khilaf dengan menghormati pegangan masing-masing tanpa perlu mempengaruhi atau mempertikaikan. Bahkan kalau bijak dalam menangani perkara khilaf atau berbeza pendapat ini amat besar rahmat dan kebaikannya.
Namun demikian, kebiasaannya keadaan inilah yang paling payah terjadi kepada orang politik. Biasanya keuntungan politik jauh lebih diutamakan berbanding dengan keutamaan agama itu sendiri. Sekarang ini dalam persoalan Hudud yang diketengahkan itu, ada pihak kurang setuju. Bila pihak tersebut ketengahkan Islam Hadhari, pihak yang lain pula kurang setuju. Sedangkan tiada apa yang tidak kena dengan Islam Hadhari tersebut. Saling mempertikaikan itu adalah kerana kedudukan kedua pihak sebagai seteru politik.
Berbalik kepada Hudud, ada juga parti yang diwakili majoritinya oleh orang bukan Islam pun turut tumpang semangkuk di dalam polemik ini. Hudud adalah persoalan agama Islam, ianya adalah hukum hakam Allah swt. Apa hak mereka untuk campur tangan? Dari satu segi, mereka tidak boleh di persalahkan. Salahnya ialah pemimpin politik orang Islam sendiri. Apabila Hudud di polemikkan oleh orang politik dan secara politik maka mereka (ahli politik bukan islam) anggap Hudud bukan persoalan agama Islam. Mereka mungkin beranggapan seolah-olah Hudud hanyalah sebahagian daripada isu politik. Tidak hairanlah maka mereka berani bersuara bahkan sampai keperingkat mencabar yang dikira sudah melampau dan keterlaluan. Apa yang kita boleh buat? Ini semua adalah angkara kelemahan kita sendiri yang meletakkan Hudud sebagai sebahagian isu politik.
Hudud bukan bahan perbahasan dipentas terbuka! Ulama serta pemikir Islam terutama dikalangan yang benar-benar berkecuali sewajarnya memperkatakan Hudud secara dingin, teliti, berhalus, berhati-hati dengan penuh taqwa kepada Allah swt.
Kita amat berharap semoga para ulama dan pemikir Islam dapat menutup mulut pihak-pihak yang mewakili badan bukan Islam ini agar tidak bercakap mengenai persoalan agama Islam ini. Dan sekaligus mudah-mudahan para ulama dan pemikir Islam turut mendinginkan suhu orang politik terhadap hukum hakam Allah swt ini. Andainya ini dapat dilakukan oleh para ulama dan pemikir Islam, nescaya dapat sedikit sebanyak mengubah tanggapan masyarakat terhadap ulama. Selama ini masyarakat prejudis terhadap ulama dan mengganggap ulama hanya nampak kepada persoalan seperti pondan, rokok, pengkid, yoga dan sebagainya.Sebaliknya membisu terhadap persoalan seperti Hudud.
Marilah kita sama-sama berdoa, ‘Ya Allah, yang maha berkuasa keatas tiap-tiap sesuatu, yang kami ini dalam genggamanMu, jadikan kami sebagai hamba-hambaMu yang bernaung dibawah pemimpin kebenaran. Tunjukanlah kepada kami yang benar itu adalah benar. Jadikan kami dari kalangan hamba-hambaMu yang berada dalam kebenaran yang hakiki. Berilah kepada kami kekuatan untuk mempertahankan serta memperjuangkan kebenaran.’
Sekian.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


